LAMAN UTAMA

BENGKEL PERATURAN AKADEMIK DAN TATATERTIB PELAJAR DARUL QURAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

 
 

 

Pada 2 dan 3 Februari 2010 Darul Quran telah mengadakan Bengkel Peraturan Akademik dan Tatatertib Pelajar Darul Quran bertempat di Dewan Serbaguna Nekad, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh Y. Bhg Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Bin Chik Timbalan Dekan Akademi Fakulti Ilmu Whyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Y.Bhg Prof. Madya Dr. Mustafa bin Abdullah Ketua Jabatan Al-Quran Dan Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ( UM ), wakil dari Bahagian Pembangunan Insan Jakim, wakil dari Penasihat Undang-Undang Jakim, Timbalan Pengarah Akademik dan Pendaftar Darul Quran serta beberapa pegawai dan kakitangan Darul Quran.

 

 

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mengemaskini peraturan yang telah dipinda serta membincangkan peraturan – peraturan dan tatertib pelajar Darul Quran yang akan dilaksanakan di Darul Quran.

 

 
Ustazah Zawanah Binti Muhammad, Timbalan Pengarah Akademik Darul Quran telah mempengerusikan sesi perbincangan manakala Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Bin Chik dan Prof. Madya Dr. Mustafa Bin Abdullah bertindak sebagai panel pemikir. Peraturan Akademik telah dibentangkan oleh Us. Ahmad Fuat Bin Jamil Pen Pengarah Akademik dari Unit Akademik dan Tatetertib Pelajar Darul Quran telah dibentangkan oleh Us. Ahmad Dasuki Bin Hashim Pen Pengarah Hal Ehwal Pelajar Dari Unit Hal Ehwal Pelajar.