|
DARUL QURAN ANJUR
WACANA KHAS: PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH |
| |
| |
|
 |
|
|
|
Pada 9 Ferbruari 2010 bersamaan hari Selasa, Darul Quran
telah menganjurkan Wacana Khas: Penggunaan Kalimah Allah
yang bertempat di Dewan Muktamar, Darul Quran, Kuala
Kubu Bharu. |
|
|
|
 |
|
|
|
Tujuan wacana ini diadakan adalah untuk memberi maklumat
dan penerangan kepada masyarakat Islam khususnya di
Daerah Hulu Selangor mengenai isu penggunaan kalimah
Allah di kalangan orang bukan islam.
2 orang ahli panel telah dijemput bagi mengupas
permasalahan ini iaitu Ustaz Rashidy b. Jamil dan Ustaz
Mohd Aizam b. Mas’od dan kedua-duanya daripada Bahagian
Penyelidikan, Cawangan Akidah, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia. |
|
|
|
 |
|
|
|
Kedua-dua ahli panel tersebut telah membentangkan 2
kertas kerja yang bertajuk Isu Kalimah Allah: Hukum
Penggunaan Bagi Bukan Islam dan Implikasi Penggunaan
Kalimah Allah Oleh Bukan Islam Terhadap Pemikiran Umat
Islam di Malaysia. Ustaz Shamsul Bahari b. Dahalan telah
bertindak sebagai moderator pada sesi pembentangan
tersebut. |
|
|
|
 |
|
|
|
Di antara yang hadir dalam wacana tersebut ialah
Pengarah Darul Quran, Ustaz Che Ibrahim b. Che Man.
Ustazah Zawanah bt. Muhammad, Timb. Pengarah Akademik
Darul Quran, Pegawai dan Kakitangan Darul Quran serta
pelajar-pelajar Diploma dan Persijilan Darul Quran.
Selain itu, Darul Quran juga turut menjemput
pegawai-pegawai kerajaan di sekitar Hulu Selangor,
Pegawai Majlis Agama Daerah Hulu Selangor dan Ma’ahad
Tahfiz Johor ( MARSAH ). |
|
|
|
 |
|
|
|
 |
|
|