|
Pada
22 Januari 2010, Darul Quran telah meneruskan tradisi
kecemerlangannya pada tahun ini apabila berjaya
melahirkan 222 orang pelajar yang telah berjaya
menghafaz al-Quran 30 juzuk selama 3 tahun bagi program
diploma. Para pelajar tersebut telah diraikan di dalam
Majlis Khatam Hafazan al-Quran 2010 yang bertempat di
kampus induk Darul Quran, Kuala Kubu Bharu. |
|
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Hj.
Othman Bin Mustafa, Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi )
JAKIM. Di dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa bangga
dengan lahirnya para huffaz di bumi Darul Quran ini dan
beliau juga mengingatkan para pelajar supaya sentiasa
meningkatkan keazaman untuk melanjutkan pelajaran
selepas menamatkan pengajian di Darul Quran. |
|
Di dalam majlis tersebut, 2 orang pelajar telah
dianugerahkan pelajar cemerlang dan anugerah tersebut
telah diberikan kepada saudara Muhammad Ilyas Bin Md.
Yusoff dan saudari Nabilah Binti Mohd Ali.Selain itu,
para ibu bapa yang ditemui merakamkan ucapan setinggi
penghargaan kepada pihak Darul Quran kerana telah
berjaya mendidik anak-anak mereka untuk menghafaz al-Quran. |
|
Majlis ini turut dihadiri oleh Y.Bhg. Tn. Hj Mohd Noor
Bin Abd Hamid, Timbalan Ketua Pengarah ( Pengurusan )
JAKIM, Tn. Hj Che Ibrahim Bin Che Man, Pengarah Darul
Quran, Tn. Hj. Abd Kodir Bin Sallah, Tim. Pengarah (
Pendaftar ) Darul Quran, Ustazah Zawanah Binti Muhamad,
Tim. Pengarah ( Akademik ) Darul Quran, para pegawai
serta kakitangan Darul Quran, ibu bapa dan para pelajar
Darul Quran. |