LAMAN UTAMA

TKP(P) JAKIM RASMI BANGUNAN CAWANGAN PENGAJIAN IJAZAH

 
 

 

23 Januari-Bangunan Cawangan Pengajian Ijazah yang baru siap dibina telah dirasmikan dengan jayanya dalam satu majlis yang diadakan serentak dengan Majlis Khatam Hafazan pelajar Diploma pada hari sabtu lalu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran JAKIM, Tn. Hj. Mat Nor Abdul Hamid yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Majlis tersebut turut dihadiri oleh pengarah-pegarah bahagian JAKIM, Dekan Fakulti Pegajian Quran Dan Sunnah USIM. Pembinaan bangunan ini mengambil masa selama 6 bulan dan telah selesai sepenuhnya Disember lalu. Upacara perasmian telah disempurnakan dengan paluan gong sebanyak 3 kali dan acara menandatangani plak.

 

 

Bangunan Cawangan Pengajian Ijazah ini menempatkan 2 buah kelas berhawa dingin untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar pengajian program ijazah sarjana muda. Ia juga menempatkan pejabat pentadbiran cawangan pengajian ijazah serta bilik pensyarah dan pegawai. Dalam ucapannya, Ketua Pengarah JAKIM mengumumkan sebanyak lapan orang pelajar berjaya mendapat anugerah dekan iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif 3.60 ke atas. Ia merupakan pencapaian yang membanggakan kerana program ini baru sahaja dilaksanakan dan beliau mengharapkan pencapaian ini dapat dikekalkan supaya ia mencerminkan kualiti graduan lepasan Darul Quran.