Accessibility Tools

Skip to main content

eJurnal


Ilmu Tawjih al-Qira'at: Hubungannya dengan Ilmu Tafsir

Penulis

Yusri Chek

Abstrak

Ilmu Tawjih al-Qira'at mempunyai peranan yang signifikan dan penting dalam membuktikan kebenaran dan kemukjizatan al-Quran. Malah, pemahaman terhadap ilmu ini penting dalam usaha mentafsirkan sesuatu ayat al-Quran dengan tepat. Namun, pengetahuan tentang Ilmu Tawjih al-Oira'āt serta hubungannya terhadap Ilmu Tafsir dalam masyarakat adalah mash pada tahap yang masih belum memuaskan. Oleh itu, objektif penulisan ini adalah untuk menjelaskan hubungan antara Ilmu Tawjih al-Qira'āt dengan Ilmu Tafsir al-Quran. Kaedah penulisan ini menggunakan kaedah dokumentasi dan penelitian teks bagi mengumpulkan dapatan penulisan. Sementara, bagi menganalisis hasil dapatan adalah dengan menggunakan kaedah analisis induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang jelas antara Ilmu Tawjih al-Gira'āt dan Ilmu Tafsir al-Quran. Penulisan ini juga mendapati bahawa perbezaan Gira'at pada pada lafaz-lafaz al-Quran menghasilkan beberapa makna dalam satu ayat. Justeru, penulisan dalam bidang Tawjih al-ira't dan Tafsir ini diharapkan mampu menambahkan pemahaman serta menjadi rujukan pada masa yang akan datang.

Rujukan