Accessibility Tools

Skip to main content

eJurnal


  • Home
  • eJurnal
  • Bil. 27 Tahun 2023
  • Penguatkuasaan Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 Terhadap Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah (Kajian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

Penguatkuasaan Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 Terhadap Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah (Kajian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

Penulis

Mohamad Kori Jusoh
Rusjdi Ali Muhammad
Muslim Zainuddin

Abstrak

Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan menyatakan dengan jelas, jika seseorang lelaki berkahwin lagi dimana-mana jua dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis dari mahkamah, maka dia telah melakukan satu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau keduanya sekali. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tentang penguatkuasaan Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan berkaitan masalah poligami tanpa kebenaran mahkamah. Metod kajian ini adalah kajian secara kualitatif. Walau bagaimanapun, dapatan kajian berdasarkan data yang diambil dari lapangan, perkahwinan poligami di selatan Thailand tanpa kebenaran mahkamah terus berleluasa dan meningkat saban tahun seolah-olah ancaman Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan kepada pengamal poligami tanpa kebenaran ini langsung tidak memberi kegusaran dan kegerunan kepada mereka. Dengan peningkatan kes poligami tanpa kebenaran mahkamah di wilayah selatan Thailand menunjukkan bahawa undang-undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan tidak dihormati.

Rujukan

Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, Internasional Law Book Services, (Selangor tahun 2011) Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji, Al-Fighu al-Manhaji, (terj. Ustaz Azizi Ismail dan Ustaz Mohd Asri Hasshim) jilid 4 ( Kuala Lumpur: Pustaka Salam) H.A Hafizah Dasuki. 2004. Ensiklopedia Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hanafi Dollah. Camus al-Khalil. 2006. Kuala Lumpur: Dar al-Syakir. Ibn Manzur, Jamal al-Din Muhammad. 1994. Lisan al-'Arab. Beirut: Dar al-Sadiq. Al-Sabra, Jirwan. 1398H. Louis, Ma'luf. 1990. Al-Munjid fi al-Lughat wa al-Adab wa al-Ulum. Beirut: al-Matba'ah al-Katholikiah. Majmu' al-Lughawi, Lamus Arab Parsi. Beirut: Majaz bi al-Huquq. Mat Saad Abd. Rahman, Prof. Madya, Dr. (Oktober 1993), Undang-undang Keluarga Islam, Aturan Perkahwinan, Suatu Pendekatan Berdasarkan Amalan Semasa, Shah Alam: HIZBI SDN. BHD Norain Mohd Shah & Khairul Azhar Meerangani (2021), Poligami Tanpa Kebenaran: Kajian Terhadap Kes-Kes Di Mahkamah Tinggi Syariah Muar Johor Tahun 2015-2019, Jurnal 'Ulwan. Edisi Khas 1: Kolokium Penyelidikan Ijazah Tinggi, Jil.6, Bil. 1. 269-277. Oxford Advanced Learner Dictionary of Current English. 2006. London: Oxford University Press. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran