Accessibility Tools

Skip to main content

eJurnal


Sejarah dan Perkembangan Techno-Huffaz di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Penulis

Muhammad Sofiyuddin bin Zakaria
Penyelaras Techn○–Huffaz, Jab. Pengajian Am. PSA

Nor Aisah binti Abu Samah
Pensyarah Kanan Tahfiz, Jab. Pengajian Am. PSA

Arifah Mursyidah Binti Illiashaq
Pensyarah Tahfiz, Jab. Pengajian Am. PSA

Abstrak

Pengajian tahfiz di Malaysia semakin berkembang dan mendapat sambutan di kalangan ibu bapa. Kelambakan pusat tahfiz dan metode pengajian yang diperkenalkan menjadikan pengajian tahfiz bidang yang menarik untuk diceburi. Namun begitu isunya muncul apabila para graduan tahfiz tidak mempunyai ruang dan peluang untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi tanpa perlu meninggalkan rutin murajaah hafalan mereka. Kajian ini akan memperkenalkan Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-Politeknik atau lebih dikenali sebagai Program Techno-Huffaz yang dijalankan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan metode historis dan ilmiah sebagai dasar penyelidikan. Bukan itu sahaja, kajian tinjauan turut dilaksanakan sepanjang kajian dijalankan. Program ini telah pun memasuki tahun kelima sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2017 dan berjaya menghasilkan graduan yang mempunyai kesepaduan di dalam ilmu teknikal dan tahfiz secara serentak. Kemampuan pelajar tahfiz untuk meneroka bidang teknologi tanpa perlu meninggalkan sesi murajaáh al-quran dilihat sangat mampan dan memenuhi kedua-dua bidang pengajian secara holistik. Sekiranya program ini dikekalkan dan ditambah baik saban tahun ianya bakal memberi impak yang sangat hebat dalam melahirkan individu yang membudayakan al-quran dan menjiwai watak Ulul Albab di dalam kehidupan seharian.

Rujukan

Alias mat saad, Abu Zarrin Selamat, Norhayati Fatmi Talib, Yusni Mohamad Yusak Zuhair Abd Rahman, Zainab Hanina Abdull Samad. 2014. <Kertas Cadangan Pelaksanaan Program Tahfiz Model Ulul Albab Di Politeknik.= 1-10.

Azmil Hashim, Misnan Jemali. 2015. <Kajian Mengenai Hubungan Antara Teknik Pembelajaran Tahfiz Dan Pencapaian Hafazan Al-Quran Para Pelajar.= Jurnal Perspektif 15-25.

Kosmo, Keratan Akhbar. 2022. <Graduan Kemahiran Diburu Pasaran.=Oktober Isnin: 6.

Muhammad Toriq Yaacob, Abdul Razak Mohd Zain. 2018. <Perkembangan Tahfiz al-Quran : Suatu Kajian di Darul Quran.= Koleksi Kajian Darul Quran.

Pustaka, Dewan Bahasa dan. 2018. Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka,.

Rashid, Tajuddin Bin Abdul. 2016. Kertas Cadangan Permohonan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Bagi Menawarkan Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM – Politeknik KPTM. Kertas Cadangan, Shah Alam: Jabatan Pendidikan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Syihab, M. Quraish. 2002. Tafsir al-Misbah. Jakarta: Lentera Hati.

Yusni Mohamad Yusak, Mohd. Aderi Che Noh. 2016. <Halatuju Program Tahfiz di Politeknik Malaysia: Satu Tinjauan Awal.= Wacana Pendidikan Islam (Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi,) 445-453.

Yusoff, Darni bt Mohamed. 2016. <Pra Tahfiz al-Quran al-Karim.= Program Pra Tahfiz Sesi Jun 2016 1-9.

Yusup, Siti Haliza. 2021. <Graduan Sulung Tekno Hufazz PSA Terima Sijil.= Disember Selasa.

Zakaria, Muhammad Sofiyuddin bin. 2022. Model Hafazan al-Quran Techno Hufaz. Shah Alam: Unit Penerbitan PSA.

2021. "Penggunaan Media Pembelajaran Digital Dalam Pengajaran Techno Huffaz PSA Era Pandemik." 5th Asia Pacific Conference on Educational managment and Leadership ( APSEMal2020). Tanjung Malim, Perak: Uniersiti Pendidikan Sultan Idris. 545-552

Proforma Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-Politeknik. Kuala Kubu Bharu. Darul Quran.

Laman sesawang Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Diperoleh pada Mac 26, 2023 daripada https://www.mypolycc.edu.my

Laman sesawang Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Diperoleh pada Mac 26 2023 daripada https://psa.mypolycc.edu.my/