Accessibility Tools

Skip to main content

eJurnal


Fiqh al-Waqi’ dalam Penentuan Standard Syariah Bank Negara Malaysia

Bil. 28 Tahun 2024

Jurnal Darul Quran Bil. 28 Tahun 2024

Diterbitkan : 01 January 2024

Penulis

Nor Arfah binti Mohd Ishak
Mohammad Taqiuddin bin Mohamad
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur, Malaysia

Abstrak

Kontrak atau produk kewangan dalam industri perbankan Islam banyak diguna pakai semenjak dulu hingga kini. Ini dapat dilihat dalam banyak produk perbankan seperti pembiayaan, akaun, penerbitan bon dan banyak lagi. Kontrak-kontrak bagi produk ini mempunyai standard syariah yang telah dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah dan diguna pakai oleh kebanyakan Institusi Kewangan Islam terutamanya di Malaysia. Artikel ini memfokuskan kepada perbincangan mengenai penggunaan fiqh al-wāqiʽ oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dalam menentukan dan mengeluarkan standard syariah yang dijadikan rujukan oleh Institusi Kewangan Islam Malaysia. Analisis dilakukan menggunakan kaedah kualitatif dengan metode pengumpulan data melalui perpustakaan dan temu bual serta metode analisa data secara analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa fiqh al-wāqiʽ merupakan salah satu elemen yang diambil kira dalam mengeluarkan hukum atau standard syariah. Umumnya, terdapat beberapa tahap yang biasanya terlibat dalam penggunaan fiqh al-wāqiʽ untuk mengeluarkan standard syariah oleh Bank Negara Malaysia. Secara asasnya, semua hukum- hakam Islam diperoleh daripada al-Quran dan Sunah, namun prinsip yang terkandung dalam al-Quran dan Sunah menganjurkan kepada kita agar meneliti realiti kehidupan semasa. Malah, kefahaman tentang realiti kehidupan semasa menentukan tahap kefahaman tentang dalil dan matlamat hukum syarak.

Rujukan

Abdul Karim Ali. 2000. Faktor-Faktor Semasa dan Setempat di Malaysia yang Boleh Mempengaruhi Penafsiran Nas Syarak Dalam Menentukan Hukum. Dlm. Paizah Ismail (pnyt.). Fiqh Malaysia: Ke Arah Pembinaan FiqhTempatan Yang Terkini. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, hlm. 54-69.

Abdul Karim Ali dan Raihanah Haji Azhari. 1999. Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Abdullah Alwi Haji Hassan. 1999. Permasalahan Intelektual dalam Pembinaan Hukum Islam Semasa di Malaysia.Dlm. Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun. Kuala Lumpur, Akademi PengajianIslam Universiti Malaya, hlm. 125- 130.

Ah. Azharuddin Lathif (Jawatankuasa Edukasi, Sosialisasi dan Literasi Dewan Syariah Nasional Majelis UlamaIndonesia). 2018. Temu bual, 18 September 2018.

Ahmad Arshad Ezhar (Penasihat Syariah CIMB Bank Kuala Lumpur). 2020. Temu bual, 5 Disember 2020.

Ahmad Hidayat Buang. 2004. Fatwa di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Undang-undang, APIUM.

Ahmad Termizi Mohamad Din (Head Syariah Review, SME Bank Kuala Lumpur). 2020. Temu bual, 29 Disember 2020.

Ahmad Zakirullah Mohamed Sani (Pensyarah, Universiti Sains Islam Malaysia). 2020. Temu bual, 31 Disember 2020.

Akh Minhaji dalam Amir Mualim. 2006. Ijtihad dan Legislasi Muslim Kontemporer. Yogyakarta: UII Press.

Ashraf Md. Hashim (Ketua Pegawai Eksekutif, International Syariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)Consulting, Kuala Lumpur dan bekas ahli jawatankuasa AAOIFI). 2019. Temu bual, 15 Februari 2019.

Bank Negara Malaysia. 2010. Standard Syariah dalam Kewangan Islam, ed. ke-2. Kuala Lumpur, Bank Negara Malaysia.

Hafiza Harun (Zurich Takaful). 2021. Temu bual, 12 Disember 2021. Hasanuddin (Dewan Syariah Nasional MajelisUlama Indonesia). 2018. Temu bual, 18 September 2018.

Mahmood Zuhdi Abd Majid. 2016. Aplikasi Fiqh Kontemporari dalam Menangani Persoalan Hukum Baru Kefatwaan. Seminar Isu-isu Kefatwaan Kontemporari 2016: Fiqh Kontemporari dalam Menepani Realiti Semasa Masyarakat Malaysia, Institute of Advanced Islamic Studies, Kuala Lumpur, 10 Mac, 1-7.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid. 1999. Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun. Dlm. Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, hlm. 4-5.

Mazrul Shahir Md Zuki (Penyelidik ISRA). 2021. Temu bual, 8 Mac 2021.

Mohamad Akram Laldin (Pengarah Ekesekutif, ISRA Kuala Lumpur). 2019. Temu bual, 8 Mac 2019.

Mohd Badrol bin Awang. 2011. Justifikasi Pengamalan Ijtihad dan Pendekatannya dalam Kehakiman Islam Semasa.KANUN: Jurnal Undang-undang Malaysia 23(2), 129-150.

Muh. Mufid. 2017. Aplikasi Fiqh Alwaqi’: Pertimbangan Pertimbangan Aspek Sosiologis dalam Pemikiran Al-Qardhawi. Istinbath: Jurnal Hukum 14(2), 280-282.

Muhammad Firdaus Nurul Huda. 2002. Kesan Perubahan Sosial Terhadap Hukum Islam: Satu Kajian TentangMetodologi Syariah dan Pelaksanaannya. Kuala Lumpur: Thinker’s Library.

Paizah Hj. Ismail. 1999. Fiqh al-Awlawiyat: Konsep dan Hubungannya dengan Fiqh al-Muwazanat, Fiqh al-Syar’ danFiqh al-Waqi’ dalam Pelaksanaan Hukum Islam. Dlm. Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia YangMembangun. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, hlm. 73-80.

Rahimin Affandi Abd Rahim. 2000. Etika Penyelidikan Islam: Suatu Analisa. Jurnal Afkar 1.

Rahimin Affandi Abd Rahim. 1993. Ijtihad: Suatu Analisis Perbandingan. Jurnal Syariah 1(2).

Rahimin Affandi Abd Rahim. 2007. Aliran Pemikiran Islam Moden: Satu Kajian Perbandingan. Jurnal Manusia danMasyarakat 15.

Rahimin Affandi Abdul Rahim. 2000. Konsep Fiqh Malaysia untuk Tamadun Alam Melayu Alaf Baru: Suatu Analisa Tentang Kepentingannya. Jurnal Pengajian Melayu 10.

Rahimin Affandi Abdul Rahim, Paizah Ismail, Nor Hayati Mohd Dahlal. 2009. Ijtihad dalam Institusi Fatwa di Malaysia: Satu Analisis. Jurnal Syariah 17(1): 195-222.