Accessibility Tools

Skip to main content

eJurnal


Pendekatan Penulisan Qira'at pada Ayat Hokum dalam Turjuman al-Mustafid Karya Abdul Rauf al-Fansuri

Bil. 28 Tahun 2024

Jurnal Darul Quran Bil. 28 Tahun 2024

Diterbitkan : 01 January 2024

Penulis

Sukhairu Sulaiman
Abd Rahman Abd Ghani

Abstrak

Penulisan ilmu Qira’at di dalam karya tafsir turut dihasilkan oleh ulama tafsir dari Nusantara di dalam kitab mereka. Kebanyakan karya tafsir yang ada di Nusantara menghuraikan maksud dari ayat al-Quran dan perkara-perkara lain yang berkaitan tanpa menghuraikan elemen ilmu Qira’at yang wujud pada ayat tersebut. Justeru kajian ini akan menganalisis beberapa pendekatan yang digunakan oleh Abdul Rauf al-Fansuri yang mengisyaratkan kewujudan Qira’at di dalam Tafsir Turjuman al-Mustafid pada ayat-ayat hukum. Kajian yang bersifat kualitatif ini mendapati sebanyak empat (4) pendekatan telah diaplikasi oleh Abdul Rauf al-Fansuri yang mengisyaratkan kewujudan Qira’at di dalam Turjuman al-Mustafid pada ayat hukum yang berkaitan akidah, akhlak dan fiqh iaitu “faedah”, “bayan”, “ada pun” dan “dan ada pun”. Kajian ini menunjukkan bahawa ulama Nusantara adalah setanding dengan ulama-ulama lain dari Timur Tengah yang membincangkan ilmu Qira’at di dalam karya mereka dengan kaedah yang tersendiri.

Rujukan

Al-Quran al-Karim

Abdul Rauf al-Fansuri (2014), Turjuman al-Mustafid, Kuala Lumpur, Khazanah Fathaniyah.
Ahmad Baha’ Mokhtar & Muhammad Lukman Ibrahim (2012), Ikhtilaf Qiraat Kitab Turjuman Al-Mustafid Oleh Syeikh Abd Rauf Al- Fansuri: Satu Sorotan, International Journal on Quranic Research, Vol. (2), No.2, Kuala Lumpur, Universiti Malaya.

Arivaei Rahman (2018), Tafsir Turjuman al-Mustafid Karya ‘Abd Rauf al-Fansuri: Diskursus Biografi, Kontestasi Politis-Teologis dan Metodologi Tafsir, MIQOT, Vol. XLII, no.1, Januari-Juni 2018, Indonesia, UIN Sunan Kalijaga.

Mazlan Ibrahim, Jawiah Dakir & Muhd Najib Abdul Kadir (2013), Pengenalan Tokoh-Tokoh dan Kitab Tafsir Melayu Ulama Nusantara, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Qurayym Rajih (1994), al-Qiraat al-‘Ashar al- Mutawatirah, Madinah, Dar al-Muhajir.

Salim Muhaysin (1993), Muhammad, al- Mughni fi Tawjih al-Qira’at al-’Ashar al-Mutawatirah, j.1, c. 3, Beirut: Dar al-Jil.

Musyrifah Sunanto (2015), Sejarah Peradaban Islam Indonesia, Jakarta, PT Raja Grafindo Persada.

Riddell. Peter G (2001), Islam and the Malay-Indonesian World, Singapore, Horizon Books.

Salim Muhaysin (1997), Muhammad, al-Hadi Syarh Tayyibah al-Nashr fi al-Qira’at al-’Ashar wa al-Kasyf ‘an ‘Ilal al-Qira’at wa Tawjihiha, Beirut, j.1, Dar al-Jil.

Sheikh Abdullah Basmeih (2013), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran (30) Juz, Kuala Lumpur, Darul Fikir.

Wan Mohd. Saghir Abdullah (1995), Fikrah Wawasan Tokoh Dunia Melayu Dalam Majalah Dewan Budaya, Dakwah, al-Islam dan Kiblat 1989-1995, Kuala Lumpur, Khazanah Fathaniyah.

Zulkifli Mohd Yusoff & Wan Nasyrudin Wan Abdullah (2005), Tarjuman al-Mustafid: Satu Analisa Terhadap Karya Terjemahan, Jurnal Pengajian Melayu, j.16, Kuala Lumpur, Universiti Malaya.