Malay Arabic English
logo-DQ

Perpustakaan Darul Quran

Koleksi Buku Terkini Darul Quran

BUKU

MAKLUMAT

   
Penulis buku ini : Ibrahim Muhammad al-Jamal

No. Panggilan : Gk. 352 JAM

ISBN : 978-983-159-215-1

Sinopsis :

Muslimah sangat memerlukan nasihat, pengajaran dan petunjuk. Dan sebaik-baik petunjuk ialah Nabi Muhammad s. a. w. Ramai orang yang jasmaninya sihat, tetapi rohaninya mati. Bahagialah orang yang jiwa raganya hidup kerana istiqamah dan patuh kepada wahyu Allah s. w. t.

Sesuai dengan namanya wasiat Rasul, sudah tentu kandungan buku ini merupakan himpunan hadis-hadis pilihan kerana pesan atau kata-kata Rasullulah adalah berupa hadis.Penulis mengumpulkan hadis-hadis Rasulullah yang berupa pesanan atau wasiat beliau untuk kaum wanita, kemudian mengulas hadis-hadis tersebut.

Wasiat Rasulullah : * Taharah * Solat * Puasa * Zakat * Haji * Muamalat * Akhlak * Al-Quran*

   
Penulis buku ini : Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

No. Panggilan : Jb. 352 PAH

ISBN : 978-967-5102-96-7

Sinopsis :

Buku Mukmin Profesional: Celik Mata Hati ini menyerlahkan kembali nilai-nilai teras yang diperjuangkan oleh pejuang Islam silam menerusi pendekatan kontemporari. Antara kelebihannya ialah:

• Diperkuatkan dengan gaya penyampaian yang saintifik dan artistik yang kini sinonim dengan dunia Barat justeru menyedari bahawa apa sahaja hikmah (tidak kira dari Timur atau Barat) adalah milik Islam.

• Memberi satu kerangka besar yang tepat dan jelas mengenai kehidupan. Dengannya, insya-Allah ‘jigsaw puzzle’ kehidupan ini akan terungkai. Hasilnya, para pembaca akan menjalani hidup ini dengan pasti dan yakin.

• Setiap bab dihuraikan secara mudah dan praktikal. Walaupun subjek-subjek dalam buku ini sangat serius dan ia bukanlah sesuatu yang popular, namun gaya dan pendekatannya yang mudah dan menarik, menjadikan buku ini mudah difahami dan dihayati.

• Gaya yang menghiburkan, dinamik, kreatif dan informatif. Cerita, sajak, ilustrasi, metafora dan kata-kata hikmah yang diselitkan akan membantu pembaca membaca buku ini dengan serius tetapi santai.

Buku yang akan meneruskan momentum dan kesinambungan usaha memartabatkan Islam sebagai satu cara hidup di peringkat yang lebih luas dan menyeluruh. Umat Islam memerlukan ‘personal branding’ (penjenamaan peribadi) yang mantap dalam perjuangannya memartabatkan kembali keunggulan Islam sarwajagat. Maka itu Mukmin Profesional adalah ‘personal branding’ yang diidamkan itu! Insya-Allah.

   

Penulis buku ini : Al-Qadhi Abu Syuja’ Ahmad bin Al-Husain bin Ahmad Al-Asfahani

No. Panggilan : Nd. 352 AHM

ISBN : 967-368-090-6

Sinopsis :


Kitab Fiqh Al-Sunnah lmam Syafie adalah sebuah kitab fiqh yang sepatutnya dimiliki dan dibaca oleh setiap individu yang mendalami pengetahuan Fardu Ain dan Fardu Kifayah. Perbahasan dan kandungannya yang lengkap dan mantap, merangkumi hamper kesemua aspek amalan dalam kehidupan seperti solat, puasa, zakat, haji. Fara’id, hokum-hukum jinayat dan muamalat serta banyak lagi. Diperkuatkan lagi dengan nas-nas serta daripada al-Quran dan al-Sunnah, amat berguna bagi setiap individu Muslim. Ia juga dapat menambahkan pengetahuan dan pemahaman yang wajib diketahui dalam membingbing tatacara hidup yang berlandaskan peperintah dan larangan Allah s.w.t.

Kitab ini dapat menyuburkan budaya membaca dan keilmuan di kalangan masyarakat masa kita yang agak kurang gemar membaca dan menambahkan ilmu.
Sebaliknya mereka kini lebih cenderung ke arah budaya hiburan melekakan, pergaulan bebas, meremehkan perintah dan larangan Allah s.w.t. seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya. Semoga kitab ini dapat memberikan manfaat buat para pembaca dengan menjadi pembimbing dalam segenap aspek dalam kehidupan seharian yang berlandaskan nas dan dalil yang sahih daripada al-Quran dan al-Sunnah. Bukannya berdasarkan amalan-amalan bidaah yang memyebabkan amal ibadah kita tidak diterima Allah s.w.t. Selain itu juga dengan ilmu yang kita peroleh berenaan ibadah ini dapat kita kongsikan bersama ahli keluarga dan sahabat-sahabat kita

   
Penulis buku ini : Fatimah Syarha Mohd Noordin

No. Panggilan : Qdh. 352 FAT

ISBN : 978-967-5102-40-0

Sinopsis :

Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul.

   
Penulis buku ini : Parlindumgan Marpaung

No. Panggilan : Qacd 352 MAR

ISBN : 978-983-3603-42-8

Sinopsis :

Sebagai manusia, kita berhadapan dengan reality perubahan emosi yang tidak dapat dijangka apabila berhadapan dengan satu situasi. Ada kalanya kita bersemangat dan ada kalanya murung. Ada kalanya kita ceria, gembira dan ada kalanya sedih. Ada kalanya kita rasa optimis dan ada kalanya pesimis.
Apa factor yang menentukan respons kita pada situasi itu?

Jawapannya adalah PERSPEKTIF.

Setengah Berisi, Setengah Kosong? Menyajikan kisah-kisah inspirasi yang mampu membetulkan perspektif kita terhadap apa jua situasi yang dihadapi. Lebih daripada itu, kisah-kisah inspirasi yang dimuatkan di dalam buku inin dapat membangunkan dan memacu rasa optimistik dalam hidup. Rasa optimistik yang membangkitan kesedaran bagi mengenali masalah dan respon terbaik kepada masalah itu. Rasa optimistik yang membangkitkan rasa percaya, setiap masalah dan cabaran dapat diatasi. Rasa optimistik yang membina kekuatan untuk berhadapan dengan perkara negatif secara positif. Rasa optimistik yang apabila berhadapan dengan situasi buruk, namun masih mengharapkan yang terbaik. Mempunyai alas an untuk rasa geram, tetapi memilih untuk tersenyum.

   

Penulis : Wan Ruzlan Wan Omar

No. Panggilan : Jb. 352 WAN

ISBN : 978-983-097-258-9

Sinopsis :


Aura Iman mengajak kita berfikir dan bermuhasabah untuk mencari pengajaran dan hikmah disebalik pelbagai kejadian yang melingkari kehidupan. Ada yang kita terlepas pandang, walhal itu amaran Allah untuk kembalikan iman kita agar tidak tersasar jauh dari jalan menuju redhaNya.

" Marilah kita lakukan 'post mortem' dengan ikhlas bagi mencapai matlamat menyahkan segala toksid, virus dan bakteria yang bersarang di hati kita. Kita sebagai umat terbaik yang diciptakan Allah mampu mempersembahkan adegan hati terunggul dengan sikap 'towering personality'. Kita sebagai umat pilihan mesti bangun dan jangan lalai lagi. Bangunlah membina landskap hati yang indah lagi mempesonakan dunia. Biar dunia tertawan dan tergoda dengan keindahan hati budi kita yang murni lagi luhur terpuji bersama percikan iman yang membara di sanubari.!

   
Islam__Business

Penulis buku ini : Nik Mohammed Affandi Bin Nik Yusoff

No. Panggilan : Pa. 346 NIK

ISBN : 967-978-768-0

SINOPSIS :

Islam offers alternative business practices and perspectives many of which are universal in nature and quite similar to conventional ones. However, there are some which are different and unique: for example, the principle of partnership and sharing of both profit and loss in Islamic lending. Islam requires a proper balance between commercialism and humanitarianism, and between profit and social responsibility. This balanced approach therefore offers a ready solution to serious current problems of profiteering, consumer exploitation, irresponsible corporate governance and environmental degradation. Islamic business practices maximise all the positive aspects of business: examples include honest business conduct, reasonable profit, fair competition, high standard of service culture, endearing business partnership and cooperation, etc.

Islamic business ensures a proper balance between monetary and spiritual profit. It also strengthens economic justice and enhances business harmony. It is fascinating that a number of important business principles were introduced by Islam more than 14 centuries ago: examples include the principle of minimum wage for employees, basic consumerism principles such as the right of buyers to return purchased goods, the principle of venture capital, etc. These are some of the highlights of Islamic business practices and perspectives discussed in this book, besides discussions on many other interesting and practical features of Islamic business. ISLAM AND BUSINESS is the author's second book. His first book, ISLAM AND WEALTH, was published in 2001.

Al-Wajiz

Penulis buku ini : Abdul Azhim bin Badawi al-Khalafi

No. Panggilan : L. 41. 351 KHA

ISBN : 979-3913-07-X

SINOPSIS :

Sebuah buku tentang persoalan fikih sehari-hari. Memaparkan hukum syari'at Islam dari bab Thaharah, Solat, Zakat, Jualbeli, Jihad, Aimaan (sumpah) dan berbagai masalah lain yang sistematik dan berlandaskan pada al-Quran dan as-Sunnah . Diterbitkan pada tahun 2006 dan dicetak semula pada tahun 2007.

 

Fiqh_Ekonomi_Islam

Penulis buku ini : Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi

No. Panggilan : Pa. 352 QAR

ISBN : 978-967-5267-22-2

SINOPSIS :

Buku ini membahaskan secara terperinci tentang peranan nilai dan akhlak dalam ekonomi Islamkedudukan, martabat serta pengaruhnya terhadap berbagai aspek ekonomi seperti pengeluaran, penggunaan, pengedaran, dan urus niaga. Ia juga mengemukakan pelbagai alternatif dan petunjuk ilahi dalam menghadapi pelbagai permasalahan ekonomi pada peringkat individu, masyarakat dan negara.

Al-Qaradhawi juga menjelaskan tentang pentingnya mengembangkan potensi pada peringat individu dan bangsa. Teguhnya potensi ekonomi merupakan punca kepada kukuhnya satu bangsa. Teguh potensi ekonomi merupakan punca kepada kukuhnya satu bangsa. Diterbitkan pada tahun 2009.

 

Bertaubatlah

Penulis buku ini : Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni

No. Panggilan : Uba. 352 QAR

ISBN : 979-3962-13-5

SINOPSIS :

Dr. 'Aidh bin 'Abdullah al-Qarni menyampaikan pesan taubat dalam buku ini dengan bahasa yang lembut dan tidak menyakitkan hati. Hal ini bisa terlihat dari upaya penjelasan idenya yang begitu memuaskan kita ketika kita membacanya. Berbagai dalil syar'i dan kisah sahih menambah kelayakan dan kualitas buku ini serta menjadi bukti keluasan ilmu sang penulis.Adanya taubat bukan hanya merupakan kabar gembira bagi para pelaku dosa, melainkan sebagai bukti cinta kasih Allah kepada mereka yang secara tulus ingin kembali kepada-Nya.Membaca buku ini membuat Anda optimis menjadi salah satu hamba yang diterima taubatnya dan mendapatkan cinta-Nya.

 

Diterbitkan pada tahun 2006

 
Fiqhul_Islam

Penulis buku ini : Abdul Qadir Syaibah al-Hamd

No. Panggilan : L. 351 HAM

ISBN : 979-3407-58-1

SINOPSIS :

Bulughul Maram adalah sebuah karya al-Hafizh Ibnu Hajar yang berisi hadits-hadits yang banyak dijadikan sebagai istinbath hukum fiqih oleh para fuqaha yang diikuti dengan keterangan para imam hadits -al-Bukhari, Muslim, Malik, Abu Daud dan sebagainya- tentang darjat hadits tersebut, diurutkan berdasarkan urutan pembahasan bab fiqih dan di akhir kitab dimasukkan pembahasan penting tentang adab, akhlak, dzikir dan doa. Dalam Bulughul Maram akan nampak keindahan tehnik penulisan hadits Ibnu Hajar; seringkali beliau menampilkan hadits yang paling shahih dan kuat, meringkas hadits yang panjang, membahas panjang lebar tentang penisbatan periwayat hadits, memberi keterangan derajat hadits dengan memberi isyarat dari ilalnya. Di antara kehebatannya adalah ketika beliau menyertai hadits dengan potongan dan tambahan yang muncul dari sebagian jalur sanad hadits yang berfungsi sebagai pengikat lafadz mutlak (taqyid al-muthlaq), perinci lafadz mujmal (tafshil al-mujmal) dan penghilang pertentangan (raf'u at-ta'arudh).

Dengan keistimewaan tersebut, banyak ulama yang mengkaji, mensyarah, dan menerapkan manhajnya bahkan menerjemahkannya ke dalam bahasa asing. Di antara kitab Syarah Bulughul Maram adalah; pertama, Subulus Salam karya Muhammad bin Ismail al-Amir al-Yamani ash-Shan'ani (w. 1182 H), yang juga merupakan ikhtishar dari al-Badru at-Tamam karya al-Husain bin Muhammad al-Maghribi. Kedua, al-Ibanah yang merupakan syarah sederhana dari Bulughul Maram dengan menggunakan metode al-wa'dz (nasehat). Ketiga, Taudhihul Ahkam karya Ali Bassam. Keempat, Fiqhul Islam karya Abdul Qadir Syaibah al-Hamd seorang dosen Pascasarjana Universitas Islam Madinah dan pengajar di Masjid Nabawi. Buku ini teristimewakan dengan penyebutan kesimpulan dan faedah yang dapat diambil dari hadits serta pembahasan ikhtilaf al-hadits.

 

Perang_Uhud

Penulis buku ini : Abdul Latip Talib

No. Panggilan : Hcbd. 352 ABD

ISBN : 978-983-3892-89-1

SINOPSIS :

Pada 3 Syawal tahun 3 Hujrah, di suatu kawasan yang dahulu hening daripada pekik manusia, sunyi daripada derap-derap kaki kuda serta damai daripada dengungan pedang dan anak panah, suatu pertempuran hebat telah berlaku. Pertempuran yang dikenali sebagai Perang Uhud.

*         Gunung Uhud terletak di sebelah utara Kota Madinah. Jauhnya kira-kira 6 km dari masjid Nabawi. Dinamakan Gunung Uhud kerana keadaannya tunggal tidak bersambung dengan gunung-gunung yang lain.Dalam pertempuran di kaki Gunung Uhud itu, pasukan Islam mengalami kekalahan di mana 71 orang gugur syahid manakala di pihak lawan hanya 23 orang yang terbunuh. Diterbitkan pada tahun 2010

 

12_peribadi_cemerlang

Penulis buku ini : Dr. Yusuf Al-Qardhawiy

No. Panggilan : Jb. 352 QAR

ISBN : 978-983-3811-17-5

SINOPSIS :

Ibadurrahman ini dinisbahkan kepada Dzat Allah Yang suci (Ar-Rahman), yang mengandungi pengertian, bahawa mereka adalah hambad-hamba yang layak mendapatkan rahmat Allah dan mereka selalu berada dalam naungan rahmat ini. Rahmat memagari mereka dari arah kanan, kiri, atas dan bawah.

Apakah kamu semua ingin termasuk golongan Ibadurrahman? Apakah kamu ingin menisbahkan diri kepada Allah? Apakah kamu ingin menjadi anggota bagi jemaah ini? Jika kamu menginginkan, maka ketahuilah sifat dan ciri-ciri mereka. Kenalilah siapa Ibadurrahman itu, dengan itu kamu terdorong menjadi anggota mereka.

Ibadurrahman mempunyai sifat dan tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan Allah dalam surah al-Furqan. Maka alangkah baiknya jika kita hidup dalam rengkuhan ayat-ayat ini. Diterbitkan pada tahun 2007.