Malay Arabic English
logo-DQ

Portal Dewan Huffaz

Selamat Datang Ke Portal Dewan Huffaz Kebangsaan

 

Untuk carian para Huffaz di Malaysia KLIK SINI

 

Latar Belakang Dewan Huffaz

Latar Belakang Dewan Huffaz

Semenjak tahun 1990, Darul Quran Jakim telah mengadakan kerjasama dengan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri dalam melaksanakan program pengajian tahfiz Al-Quran.

 

Bagi memantapkan kerjasama dengan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri, Darul Quran Jakim telah menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoU) dengan 13 buah Maahad Tahfiz al-Quran Negeri berkaitan. Dengan adanya kerjasama tersebut, Maahad Tahfiz al-Quran Negeri telah melaksanakan program pengajian dengan kawal selia Darul Quran Jakim bagi melahirkan graduan yang berkualiti.

 

Pada masa kini, hanya Maahad Tahfiz al-Quran Negeri di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Yayasan Islam Negeri (YIN) sahaja yang telah mengadakan kerjasama dengan Darul Quran Jakim. Walau bagaimanapun terdapat permohonan daripada beberapa Maahad Tahfiz Al-Quran persendirian yang berminat untuk mengadakan kerjasama dengan Darul Quran Jakim.

 

Pada 10 Ogos 2009 Y.B Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menubuhkan Dewan Huffaz Kebangsaan semasa merasmikan Seminar Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan bagi menghimpunkan penghafaz – penghafaz Al-Quran di institut kerajaan, swasta dan persendirian untuk mengangkat martabat serta memperkasakan seluruh Institusi Tahfiz al Quran di Malaysia.

 

Objektif Dewan Huffaz

Objektif Dewan Huffaz
  • Membantu Jakim dalam meningkatkan institusi tahfiz al Quran di Malaysia.
  • Mempererat serta mengukuhkan hubungan antara Institusi Tahfiz Al-Quran seluruh Malaysia.
  • Menjadi platform bagi pengiktirafan pendidikan tahfiz di Malaysia.
  • Menjadi medium perbincangan dan penggubalan dasar pendidikan Al-Quran.
  • Mengumpul dana bagi menjayakan aktiviti Dewan Huffaz Kebangsaan.
 

Fungsi Dewan Huffaz

Fungsi Dewan Huffaz
  • Mengumpul dan menyedia data huffaz dan maklumat Insitusi Tahfiz Al-Quran di Malaysia.
  • Meningkatkan aktiviti – aktiviti penyelidikan di dalam bidang Tahfiz Al-Quran.
  • Menganjurkan seminar, konvensyen, bengkel, kursus dalam kerangka untuk memartabatkan Institusi Tahfiz Al-Quran.Meningkatkan aktiviti – aktiviti penyelidikan di dalam bidang Tahfiz Al-Quran.
  • Mengembangkan aktiviti – aktiviti antara Maahad Tahfiz Al-Quran seperti Sukan, Ihtifal, Amal Islami, Program Motivasi, Ijtima’ dan Multaqa Huffaz al-Quran.
  • Menyelaraskan apa – apa tindakan bagi menangani isu – isu yang berkaitan pendidikan Tahfiz Al-Quran.
  • Mengumpul dan mengembangkan dana untuk membantu Maahad Tahfiz Al-Quran bagi menjayakan aktiviti – aktiviti memperkasakan pendidikan Tahfiz Al-Quran.
  • Memberikan khidmat pakar kepada agensi – agensi yang memerlukan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), JAKIM, JAIN, MAIN dan mana – mana agensi kerajaan dan swasta di dalam bidang Al-Quran.
  • Menerbitkan hasil penyelidikan yang berkaitan dengan Al-Quran.
  • Memberi khidmat perundingan kepada Institusi Tahfiz Al-Quran.
  • Bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi menjayakan agenda untuk memartabatkan pendidikan Tahfiz Al-Quran.
 

Aktiviti Dewan Huffaz

Aktiviti Dewan Huffaz

1) Majlis Pelancaran Dewan Huffaz Kebangsaan.

Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom (B) bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 27 Jun 2010 bersamaan 14 Rajab 1431 (Ahad). Majlis tersebut telah dihadiri seramai 750 para huffaz seluruh Malaysia dari pelbagai institusi kerajaan dan swasta. Di antara pengisiannya ialah forum dan pembentangan kertas kerja.

2) Multaqa Huffaz.

Majlis Multaqa Huffaz telah diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi pada 16 Disember 2010 bersamaan 10 Muharram 1431(Khamis) yang disempurnakan perasmian oleh Y.Bhg Ustaz Hj Halid Bin Sintol (TKP-PI) mewakili Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri . Majlis tersebut telah dihadiri seramai 250 orang di para huffaz seluruh Malaysia dari pelbagai institusi kerajaan dan swasta. Di antara pengisiannya ialah ceramah dan pembentangan kertas kerja.

3) Data Ahli Dewan Huffaz Kebangsaan.

Dewan Huffaz Kebangsaan sebelum ini berada di bawah tanggung jawab Penyelaras Pembangunan Al-Quran di Jabatan Pengajian Al-Quran. Pada 1 Februari 2011 tanggung jawab tersebut telah diserahkan di bawah tanggung jawab Hal Ehwal Pelajar di Unit Alumni dan Kerjaya. Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa data berkenaan adalah seperti di lampiran A. Data – data keahlian DHK dalam proses pengemaskinian.

4) Pendaftaran Pertubuhan Dewan Huffaz Kebangsaan.

Pendaftaran Dewan Huffaz Kebangsaan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Selangor masih di peringkat perbincangan memandangkan draf perlembagaan di dalam semakan Penasihat Undang –undang JAKIM. Draf tersebut perlu dibengkelkan semula memandangkan terdapat beberapa permasalahan teknikal seperti status keahlian dan kelayakan ahli jawatan kuasa penaja dan perkara yang berkaitan.

 

Senarai Institut Tahfiz di Seluruh Malaysia

Senarai Institut Tahfiz di Seluruh Malaysia

BIL

NEGERI

JUMLAH PUSAT PENGAJIAN DI BAWAH KERAJAAN PUSAT/NEGERI

JUMLAH PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ PERSENDIRIAN (BERDAFTAR)

JUMLAH KESELURUHAN

1.

Selangor

2

120

122

2.

Kelantan

1

60

61

3.

Perak

1

20

21

4.

Kedah

1

15

16

5.

Pulau Pinang

1

8

9

6.

Johor

1

7

8

7.

Pahang

1

7

8

8.

Melaka

1

5

6

9.

Negeri Sembilan

1

3

4

10.

Terengganu

1

3

4

11.

Sabah

1

3

4

12.

Kuala Lumpur

1

2

3

13.

Perlis

1

1

2

14.

Sarawak

0

0

0

JUMLAH

14

254

278

Jumlah keseluruhan huffaz adalah anggaran seramai 13,000 di kalangan lepasan Darul Quran dan Institusi Tahfiz Swasta di Malaysia.

# Data diambil dari Penyelaras Pembangunan Al-Quran JPAQ Februari 2011