Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Alumni

PENGENALAN

Unit Alumni dan Kerjaya telah diwujudkan pada 01 Januari 2009 dan diletakkan di bawah Cawangan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Antara tujuan penubuhannya ialah bertanggungjawab merancang, melaksana dan memantau segala aktiviti berkaitan yang boleh memberi manfaat kepada bekas pelajar DQ, MTQN dan maahad tahfiz swasta di Malaysia. Selain itu unit ini juga bertekad menjadi sumber rujukan mengenai kegiatan alumni dan bagi mewujudkan hubungan strategik dengan para huffaz ke arah kecemerlangan institusi tahfiz di Malaysia.

 

FUNGSI UNIT

3.1     Menyediakan pengkalan data bagi pelajar lepasan DQ, MTQN.

3.2     Mengurusetiakan program seperti seminar, bengkel, kursus bagi pelajar lepasan DQ, MTQN.

3.3     Menjalinkan hubungan strategik secara berterusan sesama DQ dan alumni.

 3.4      Mengeratkan ukhuwwah Islamiah di kalangan alumni.

 

AKTIVITI

Majlis Konvensyen Alumni.

Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom (B) sempena Majlis Pelancaran Dewan Huffaz Kebangsaan bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 27 Jun 2010 bersamaan 14 Rajab 1431 (Ahad). Majlis tersebut telah dihadiri seramai 750 para huffaz seluruh Malaysia dari pelbagai institusi kerajaan dan swasta. Di antara pengisiannya ialah forum dan pembentangan kertas kerja.

Sekretariat Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah (SMUTEM).

SMUTEM yang beroperasi di bawah seliaan Hal Ehwal Pelajar (HEP) secara sistematik dan kolektif telah menghantar pelajar lepasan DQ bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah seperti Mesir, Jordan dan sebagainya pada tahun 2009 dan 2010


BORANG ALUMNI

Muat Turun klik sini