Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Kunjungan Rasmi Institut Ilmu Al-Quran (IIQ) Jakarta ke Darul Quran

21 Mac 2011 - Darul Quran Jakim telah menerima kunjungan rasmi daripada Institut Ilmu Al-Quran Jakarta, Indonesia. Rombongan ini diketuai oleh rektornya, iaitu Dr. KH. Ahsin Sakho Muhammad MA, bersama timbalan-timbalan rektor, Dr. KH. Ahmad Munif Suratmaputra MA, Dra. Maria Ulfa MA, Dr. Hjh. Ummi Khusnul Khotimah M.AG dan wakil pensyarah, Sheikh Muhammad Muhammad Sultan serta beberapa wakil pelajar.

cms-gabung

Objektif lawatan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim  di antara dua institusi pengajian tinggi al-Quran peringkat nasional. Lebih utama lagi lawatan ini bertujuan mewujudkan kerjasama akademik dengan Darul Quran, antaranya dengan menawarkan peluang menyambung pengajian kepada pelajar lepasan Darul Quran di peringkat Ijazah dan Sarjana. Di kesempatan itu, delegasi Institut Al-Quran Jakarta juga berkongsi pandangan bersama Darul Quran mengenai pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia terhadap institusi mereka agar dapat memberi ruang yang lebih luas kepada pelajar-pelajar Malaysia menyambung pengajian di sana.
 
Di akhir pertemuan ini, Darul Quran Jakim dan Institut Ilmu Al-Quran (IIQ) Jakarta berharap akan mendapat impak yang positif hasil daripada perbincangan yang diutarakan, berdasarkan kepada visi dan misi yang sama untuk mengembangkan ilmu al-Quran di peringkat antarabangsa.

cms-gabung2