Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Darul Quran Terima Pelajar Baru

14 Mei 2011 - Warga Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan satu Majlis Sambutan Pelajar-Pelajar Baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran Sesi 2011/2012 baru-baru ini.

Majlis yang penuh meriah tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Dalam ucapan beliau, Tuan Haji Othman memberikan penghargaan dan ucapan tahniah kepada para pelajar dan juga ibu-bapa yang telah menghantar anak-anak mereka ke Darul Quran sebagai pusat pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Beliau juga turut memberikan ucapan alu-aluan kepada para pensyarah Universiti al-Azhar yang dijemput sebagai pensyarah khas di Darul Quran di atas kesudian mencurahkan khidmat dan kepakaran kepada para pensyarah dan pelajar di Darul Quran.

Beliau turut menyatakan hasrat JAKIM untuk mengantarabangsakan Darul Quran sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani dan dihormati bukan sahaja di rantau ini bahkan di persada antarabangasa melalui kerangka penaiktarafan Darul Quran ke arah kolej universiti yang sedang diusahakan.

Antara tetamu kehormat yang hadir dalam majlis tersebut adalah Puan Hjh. Ramlah binti Yong, Pengarah Bahagian Pembangunan Insan, Dr. Mohadis bin Yasin, Timb. Pengarah ILIM, serta para pensyarah dari Universiti al-Azhar, Mesir sebagai pensyarah jemputan khas di Darul Quran.  

Seramai 250 pelajar telah ditawarkan untuk mengikuti program Diploma Tahfiz al-Quran di Darul Quran bagi sesi 2011/2012 dan sebahagiannya merupakan pelajar dari luar negara termasuklah 5 orang dari Thailand, 5 orang dari Singapura, 3 orang dari Brunei dan seorang dari Kemboja.

00
Suasana ketika sesi pendaftaran sedang berlangsung.

01
Suasana ketika sesi pendaftaran sedang berlangsung.

02
Suasana ketika sesi pendaftaran sedang berlangsung.

03
Pengarah Darul Quran menyampaikan ucapan alu-aluan.

04
Suasana ketika majlis sedang berlangsung.

05
Ketua Pengarah Jakim berucap merasmikan majlis.

06
Acara bacaan ikrar pelajar baru Darul Quran.

07
Suasana ketika sesi penyerahan anak oleh ibu bapa kepada pihak Darul Quran.

08
Suasana ketika sesi penyerahan anak oleh ibu bapa kepada pihak Darul Quran.

09
Ketua Pengarah Jakim beramah mesra bersama keluarga selepas majlis perasmian.

 

Foto: Ahmad Nazra Ahmad & Muktasyaf Ibrahim.