Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Jasamu Dikenang Hingga Akhir Hayat

25 MEI 2011 - Bersempena persaraan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM, Y.Bhg. Tuan Haji Abd. Halid bin Sintol dan Pakar Rujuk Jabatan Pengajian al-Quran Darul Quran, Tuan Haji Azhari bin Othman pada 24 Mei 2011, Darul Quran JAKIM telah menganjurkan Majlis “Jasamu Dikenang” pada 23 Mei yang lalu bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Y.Bhg. Tuan Haji Razali bin Shahabudin.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada kedua-dua orang tokoh ini di atas sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di JAKIM.

Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan oleh Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Darul Quran JAKIM diikuti ucapan daripada Tuan Haji Azhari bin Othman dan seterusnya ucapan dan amanat daripada Tuan Haji Abd. Halid bin Sintol.

Antara perkara yang disentuh oleh Tuan Haji Abd. Halid dalam ucapan beliau berkenaan hasrat dan visi untuk menaiktarafkan Darul Quran kepada kolej universiti. Beliau juga berharap, dengan tercapainya hasrat tersebut akan dapat melahirkan lebih ramai para huffaz yang cemerlang.

Beliau yang telah berkhidmat di dalam JAKIM selama 28 tahun juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Darul Quran kerana mengadakan majlis tersebut.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh pengarah Darul Quran kepada kedua-dua orang tokoh yang diraikan. Semoga jasa mereka berdua akan terus dikenang oleh warga JAKIM, khususnya Darul Quran hingga akhir hayat.

DSC_0446

Y.Bhg. Tuan Haji Razali bin Shahabudin sedang mengatakan sesuatu kepada Y.Bhg. Tuan Haji Abd. Halid bin Sintol

DSC_0478

Tuan Haji Azhari bin Othman menyampaikan ucapan perpisahan

DSC_0497

Amanat terakhir, pesanan dan wasiat buat semua warga Darul Quran

DSC_0519

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) menyampaikan cenderamata kepada Y.Bhg. Tuan Haji Abd. Halid bin Sintol

DSC_0523

Tuan Haji Azhari bin Othman menerima cenderamata dari Darul Quran