Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Prof Zaghloul Sampaikan Muhadharah Perdana di Darul Quran

ISNIN, 26 SEPTEMBER 2011 - Pada 25 September 2011 (Ahad) yang lalu merupakan detik bersejarah bagi warga Darul Quran apabila menerima kunjungan hormat daripada seorang tokoh dunia Islam yang terkenal iaitu Profesor Dr. Zahgloul al-Najjar, seorang pakar Geologi dan Tafsir al-Quran Kontemporari yang kini bertugas sebagai pensyarah jemputan di Fakulti Pengajian al-Quran dan as-Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Selain itu, turut mengiringi kunjungan hormat tersebut ialah para pensyarah kanan USIM serta wakil Kedutaan Mesir, Nasy’at Abdul Rahman. Turut meraikan kehadiran ulama yang berasal dari Mesir ini ialah Pengarah Darul Quran JAKIM, Tuan Haji Paimuzi bin Yahya.

Majlis meraikan kunjungan hormat ini turut disusuli dengan Muhadharah Perdana yang disampaikan oleh Prof. Zaghloul sebagai tanda penghormatan di atas keilmuan serta sumbangan beliau kepada dunia Islam sehingga ke hari ini.

Antara perkara yang ditekankan oleh beliau dalam Muhadharah Perdana yang bertajuk “Makkah Al-Mukarramah Dalam Al-Quran Dan As-Sunnah” ialah, umat islam perlu bangkit mempertahankan kesucian kota makkah sebagai kota suci umat Islam. Selain itu, beliau juga memberi peringatan kepada para hadirin tentang kepentingan umat Islam mendalami ilmu al-Quran dan Sains agar tidak mudah ditipu oleh golongan yang ingin menjatuhkan Islam.

Seramai 300 orang termasuk para pegawai, kakitangan serta pelajar Darul Quran hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.



fb-07b
Prof. Dr. Zaghloul al-Najjar ketika menyampaikan syarahan beliau.

fb-07c
Suasana ketika sesi syarahan perdana sedang berlangsung di Audutorium Syeikh Muhammad Noor, Darul Quran.

fb-07d
Tuan Hj. Paimuzi (Pengarah Darul Quran) menyampaikan cenderahati kenangan kepada Prof. Zaghloul.

fb-01
Bergambar kenangan bersama Prof. Zaghloul sebelum sesi syarahan perdana bermula.

Lagi koleksi album sempena lawatan beliau ini boleh dicapai  DI SINI.


Foto: Muktasyaf AnNamir & Ahmad Nazra