Malay Arabic English
logo-DQ

Darul Quran Adakan Temuduga Sijil Tahfiz Malaysia (STM)

DARUL QURAN ADAKAN TEMUDUGA SIJIL TAHFIZ MALAYSIA (STM)

2 Nov 2011 - Darul Quran JAKIM telah memperkenalkan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) bagi memberi pengiktirafan kepada para penghafaz Al-Quran di Malaysia yang tidak berpeluang mendapat pendidikan tahfiz Al-Quran secara formal.

Antara syarat kelayakan untuk menduduki peperiksaan STM ini ialah warganegara Malaysia, telah menghafaz 30 juzuk Al-Quran dan disokong oleh dokumen-dokumen seperti sijil atau surat pengesahan daripada mudir atau pengetua sekolah. Program yang pertama kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada calon-calon yang mengambil bahagian dari semua negeri di Malaysia. Seramai 595 orang telah memohon dan 322 orang calon yang layak telah dipanggil untuk menghadiri peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia di Darul Quran dan di pusat-pusat peperiksaan yang telah ditetapkan. Calon-calon yang layak akan menerima sijil masing-masing dalam satu majlis yang akan diadakan penghujung tahun ini.

 

fb-IMG_2549

fb-IMG_2553

fb-IMG_2574

fb-IMG_2581