Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Darul Quran Terima 139 Orang Pelajar Baru

04 Januari 2012 - Darul Quran Jakim telah membuka tirai tahun 2012 dengan menerima pendaftaran pelajar baru bagi Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UIAM Sesi 2012/2013.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dato’ Haji Othman dalam ucapan beliau telah merakamkan sekalung tahniah dan syabas kepada seluruh pelajar baru dan juga ibu bapa pelajar di atas kejayaan mereka mendaftarkan diri di Darul Quran sebagai pusat pengajian tahfiz terulung dalam Negara.

Dalam ucapannya juga, beliau turut menekankan tentang kepentingan menjaga akhlak dan adab-adab sebagai pelajar yang menjunjung al-Quran dalam kehidupan mereka. Selain daripada itu, beliau juga menyeru para pelajar agar kekal menimba ilmu di Darul Quran dan tidak mensia-siakan peluang yang ada.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan, Tuan Hj. Paimuzi bin Yahya, Pengarah Darul Quran dan Y.Bhg. Prof.Madya Dato’ Dr.Syed Zahir Idid bin Syed Osman Idid, Dekan Pusat Asasi UIAM.

fb-IMG_3639

fb-IMG_3686

fb-IMG_3688

fb-IMG_3700

fb-IMG_3724

fb-IMG_3730

fb-IMG_3735

fb-IMG_3755

fb-IMG_3759

fb-IMG_3800

fb-Untitled-1

Foto : Muktasyaf Ibrahim AnNamir