Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Minggu Haluan Siswa Semat Semangat Generasi Al-Quran

8 Januari 2012 – Cita-cita untuk menjadi seorang Hafiz dan Hafizah tidak memadai dengan hanya mempunyai kekuatan semangat yang berkobar-kobar. Bahkan kekuatan mental dan fizikal sangat diperlukan bagi seseorang yang iltizam dan komited memelihara serta mendalami ilmu al-Quran ~ Mukjizat Agung Nabi Muhammad SAW.

Justeru itu, sempena dengan pendaftaran seramai 139 pelajar baru bagi Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UIAM Sesi 2012/2013, Darul Quran telah mengambil inisiatif mengadakan sesi suai kenal yang dikenali sebagai Minggu Haluan Siswa bertujuan memberi pendedahan latar belakang dan suasana kehidupan di kampus Darul Quran.

Sepanjang program tersebut, para pelajar telah didedahkan dengan suasana pembelajaran di Darul Quran khususnya perkara-perkara berkaitan peraturan-peraturan di Darul Quran, teknik pengajian, kaedah hafazan dan lain-lain.

Selain itu beberapa aktiviti outdoor turut diadakan dengan tujuan merapatkan hubungan sesama pelajar, meningkatkan potensi diri dan memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar. Antara aktiviti tersebut ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Pembentangan Kumpulan, Debat Ilmiah, Kembara dan riadah bermodul.

Majlis Penutup Minggu Haluan Siswa telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Darul Quran. Dalam ucapannya beliau merakamkan sekalung tahniah dan syabas kepada para pelajar kerana berjaya mengikuti program ini dengan jayanya. Beliau juga mengingatkan para pelajar agar menggunakan peluang belajar di Darul Quran sebaik-baiknya dan menamatkan hafazan Al-Quran 30 juzu’ mengikut tempoh masa yang diberikan.

fb-01
Suasana sekitar sesi Latihan Dalam Kumpulan sempena Minggu Haluan Siswa 2012.

fb-02
Suasana sekitar sesi Latihan Dalam Kumpulan sempena Minggu Haluan Siswa 2012.

fb-03
Suasana sekitar sesi Latihan Dalam Kumpulan sempena Minggu Haluan Siswa 2012.

fb-04
Suasana sekitar sesi Latihan Dalam Kumpulan sempena Minggu Haluan Siswa 2012.

fb-05
Sebahagian fasilitator bergambar kenangan ketika sesi LDK dijalankan.

fb-06
Suasana sekitar sesi Latihan Dalam Kumpulan sempena Minggu Haluan Siswa 2012.

fb-07
Suasana sekitar sesi Latihan Dalam Kumpulan sempena Minggu Haluan Siswa 2012.

fb-08
Suasana sekitar sesi Kembara sempena Minggu Haluan Siswa 2012.

fb-09
Suasana sekitar sesi Kembara sempena Minggu Haluan Siswa 2012.

fb-IMG_4771
Pengarah Darul Quran berucap merasmikan penutupan Minggu Haluan Siswa 2012 ini.

fb-IMG_4785
Pengarah Darul Quran menyampaik cenderahati kepada wakil pelajar baru.

fb-IMG_4809
Pengarah Darul Quran bergambar kenangan bersama Urusetia Minggu Haluan Siswa dan para pelajar baru.

fb-IMG_4812
Pengarah Darul Quran bergambar kenangan bersama Urusetia Minggu Haluan Siswa dan para pelajar baru.

Foto: Muktasyaf Ibrahim, Ahmad Nazra & Izuan