Malay Arabic English
logo-DQ

Jambatan Kasih Kemboja

28 Januari 2012 - Darul Quran JAKIM melalui Persatuan Mahasiswa USIM- DQ (PERMAS) telah mengadakan Program Khidmat Bakti Siswa di Negara Kemboja. Program tersebut bermula pada 22 hingga 27 Januari 2012 meliputi tiga buah kampong iaitu Kampong Batu 8 Penom Penh, Kampong Chenang dan Kampong Cheroi Mentre. Program ini disertai oleh 32 orang pelajar-pelajar Semester Akhir Pengajian Ijazah dengan Kepujian Quran Dan Sunnah USIM di Darul Quran dengan diiringi oleh lima orang pegawai Darul Quran. Manakala PKPU Jakim telah menyumbang beberapa ekor lembu untuk akikah dan jamuan disepanjang program tersebut.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Darul Quran JAKIM di Masjid Batu 8, Penom Penh. Dalam ucapan perasmian, beliau menyentuh tentang objektif utama Program Bakti Siswa adalah untuk memberi pendedahan kepada para mahasiswa Darul Quran mengenai situasi sebenar masyarakat terutama masyarakat Islam luar negara. Justeru itu, dengan pendedahan dan pengalaman yang diperolehi mereka dapat membuat persiapan yang sewajarnya sebelum mereka berada di alam pekerjaan dan keluar dalam realiti masyarakat.

Aktiviti yang diadakan sepanjang program tersebut ialah Program Keluarga Angkat, Klinik Fatihah, Khidmat masyarakat, agihan sumbangan dan Kelas Bahasa Inggeris. Sebanyak 11 keluarga setiap kampong telah mengambil bahagian dalam program anak angkat. Jelas terpancar kegembiraan di wajah kedua-dua pihak apabila menerima keluarga angkat masing-masing dan ia dapat menjalin hubungan silaturrahim antara dua negara malah kebanyakkan masyarakat Islam yang dilawati mengharapkan agar program seperti ini akan diadakan pada masa hadapan. Program ini juga telah memberi pengajaran dan pengalaman yang berguna kepada mahasiswa dalam mengharungi kehidupan masyarakat dari pelbagai bangsa dan budaya.

Pada hari terakhir program diserikan dengan Majlis Ikhtifal Cambodia di Kampong Cheroi Mentre dengan mengadakan pertandingan hafazan, tilawah dan nasyid. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh oleh Y.Bhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Darul Quran seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.

2

1

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12