Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Jakim Perkenal Skim Pembiayaan Hafiz (SPH)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memperkenalkan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH). Skim ini bertujuan untuk membantu para huffaz melanjutkan pengajian ke Skim ini akan diberikan kepada para huffaz yang ingin melanjutkan pengajian mereka sama ada di peringkat PHD, Sarjana, Ijazah dan Diploma lanjutan di Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau Luar Negara. Skim ini terbuka kepada semua penghafaz al-Quran yang telah menerima tawaran belajar serta memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk tujuan melanjutkan pengajian.

Antara objektif SPH ini diwujudkan ialah bagi memartabatkan serta menarik minat masyarakat dalam bidang pengajian al-Quran, membantu menjana modal insan dari kalangan penghafaz al-Quran serta membantu golongan penghafaz al-Quran bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Berita gembira ini diumumkan YB Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika merasmikan Istiadat Konvokesyen Darul Quran kali ke 21 pada 7 Julai 2012 lalu. Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) diperkenalkan dalam usaha memperkasakan para huffaz serta memberi peluang kepada mereka mempunyai penyelidikan dalam bidang al-Quran. SPH ini juga adalah salah satu usaha kerajaan untuk mengangkat golongan huffaz di negara ini.

14

Y.B Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika sidang media selepas majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran Kali Ke-21.