Malay Arabic English
logo-DQ

Kunjungan Hormat Akademi Pengajian Darul Sufi

21 Februari 2013- Darul Quran JAKIM, telah menerima lawatan kerja dari pegawai-pegawai Akademi Pengajian Islam Darul Sufi, Ipoh Perak. Deligasi lawatan telah diketuai oleh Ustaz Dr. Azri bin Haji Suratman Al-Hafiz, Presiden Akademi Pengajian Islam Darul Sufi, Ipoh Perak Darul Ridzuan. Sesi perbincangan ini telah diadakan di Dewan Syura, Darul Quran.

Program lawatan yang terdiri daripada 3 orang pegawai Akademi Pengajian Islam Darul Sufi itu bertujuan untuk mendapatkan kerjasama pihak Darul Quran dalam melaksanakan program pendidikan tinggi tahfiz al-Quran.

Selain tayangan video korporat Darul Quran, taklimat telah disampaikan oleh Y.Bhg Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Darul Quran.

Hadir sama dalam sesi tersebut ialah Ir. Ahmad Zaidi bin Haji Baharuddin, Ketua Eksekutif Akademi Pengajian Islam Darul Sufi, Encik Muhammad Najib bin Laili, Ketua Operasi Akademi Pengajian Islam Darul Sufi , Ustaz Che Mat bin Che Deraman, Pendaftar, Ustaz Abdul Kodir bin Sallah, Timbalan Pengarah Cawangan Akademik, Ustaz Ahmad bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pengajian serta pegawai-pegawai kanan Darul Quran.

DSC_8098

DSC_8100

DSC_8102

DSC_8106

DSC_8109