Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Kenyataan Media

KENYATAAN MEDIA PENGARAH DARUL QURAN
BERKENAAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU BAGI
PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN SESI 2013/2014


Darul Quran merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Tahfiz Al-Quran yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) akan mengadakan Pengambilan Pelajar Baru Diploma Tahfiz Al-Quran sesi 2013/2014 pada Mei 2013.

Darul Quran mempelawa pelajar lulusan SPM untuk menyambung pengajian di Darul Quran dan 13 MTQN yang menggunapakai kurikulum Darul Quran.

Yuran Pengajian tidak dikenakan. Elaun Pengajian akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri.

Sehingga kini, 13 buah Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) yang telah menandatangani MoU dengan JAKIM. Oleh itu, pelajar-pelajar yang tidak lulus temuduga di Darul Quran boleh memohon untuk memasuki mana-mana MTQN yang ada kerjasama dengan Darul Quran.

Senarai Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri seperti berikut:

  1. MTQN Negeri Pahang
  2. MTQN Negeri Perak
  3. MTQN Yayasan Islam Perlis
  4. MTQN Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka
  5. MTQN Yayasan Islam Negeri Kedah
  6. MTQN Negeri Kelantan
  7. MTQN Negeri Sabah
  8. Institut Al-Quran Terengganu
  9. Institut Pengajian Islam Terengganu
  10. Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan
  11. Kolej Pengajian Islam Johor
  12. Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang
  13. Institut Kemahiran Islam Malaysia, Sarawak