Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Majlis Khatam Tadarus Dan Iftar Jamaie Darul Quran 2016

Darul Quran Jakim telah mengadakan Majlis Khatam Tadarus Dan Iftar Jamaie di Pusat Islam Darul Quran 8 pada 28 Jun 2016. Seramai kira-kira 1000 orang yang hadir ke majlis ini terdiri daripada dif-dif jemputan, kakitangan Darul Quran serta keluarga dan pelajar-pelajar Darul Quran.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Insan Jakim, YBhg. Hajjah Zawanah Binti Muhammad mewakili Ketua Pengarah Jakim, YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha. Beliau yang dalam ucapan perasmiannya mengharapkan agar pelajar-pelajar Darul Quran menampilkan kewibawaan sebagai seorang pelajar yang hebat bukan sahaja dalam aspek keilmuan dan hafazan al-Quran, malah termasuk aspek penampilan diri.

Dalam majlis ini juga, Darul Quran turut mengambil kesempatan mengadakan perasmian dokumen baru MS ISO 9001:2015 Darul Quran yang disempurnakan oleh YBhg. Hajjah Zawanah. Proses pembinaan dokumen baru MS ISO 9001:2015 Darul Quran telah bermula sejak awal tahun 2016 dengan diadakan beberapa siri bengkel oleh pihak urusetia.

Pelbagai aktiviti telah diadakan dalam majlis ini antaranya Majlis Khatam Tadarus al-Quran yang ditakhtimkan oleh pelajar-pelajar Darul Quran. Selain itu, diadakan pelancaran dokumen baru MS ISO 9001:2015 Darul Quran Jakim, penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Hafazan al-Quran Kategori 1-30 Juzu’ Ihya’ Ramadhan, Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Tarawih berjemaah. Tajaan Pertandingan Hafazan al-Quran Kategori 1-30 Juzu’ Ihya’ Ramadhan 2016 telah disumbangkan oleh YBhg. Dato’ Paduka Haji Ramly Bin Mokni, Pengasas Ramly Burger.

Majlis Khatam Tadarus Dan Iftar Jamaie ini turut dihadiri oleh wakil Kumpulan Ramly Mokni (Ramly Burger), En. Mohammad Fuad Bin Abd Rashid, Pengurus Besar dan Us. Muzaffar, Eksekutif Halal bagi mewakili YBhg. Dato’ Paduka Haji Ramly Bin Mokni.

0J0A4570

0J0A4523

0J0A4546

0J0A4557

0J0A4558

0J0A4574

0J0A4581