Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Delegasi Darul Quran Mengadakan Kunjung Hormat Ke UPSI

Darul Quran Jakim telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim pada 30 Jun 2016. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan tahfiz dan bertujuan untuk membangun kompetensi pensyarah Darul Quran melalui Kursus Pensijilan Pembelajaran dan Pengajaran di bawah kendalian UPSI. Selain itu, melalui kunjung hormat ini juga diharapkan agar dapat memperkembangkan pengajian pelajar Darul Quran untuk menyambung pengajian ke UPSI di peringkat Sarjana Muda dan Sarjana secara fast track.

Delegasi Darul Quran seramai 9 orang telah disambut mesra oleh Naib Canselor UPSI, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Zakaria Bin Kasa sementara delegasi Darul Quran diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Razali Bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim.

Lapan orang lagi pegawai dari UPSI turut terlibat dalam perjumpaan tersebut. Pegawai-pegawai tersebut ialah Prof. Dr. Mohd Sahandri Gani Bin Hamzah (Timbalan Naib Canselor Akademik), Prof. Dr. Zainuddin Bin Othman (Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan), Dr. Mohd Abd Nasir Bin Abd Latif (Pengarah Pusat Islam), Prof. Madya Dr. Azmil Bin Hashim (Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Fakulti Sains Kemanusiaan), Dr. Ahmad Yunus Bin Kasim (Ketua Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sains Kemanusiaan), Dr. Ahmad Zulfikar Shah Bin Abd Hadi (Timbalan Pengarah Pusat Islam), Dr. Mohamad Marzuqi Bin Abdul Rahim (Pensyarah Fakulti Sains Kemanusiaan) dan En. Muhammad Tarmizi Bin Abdul Rahman (Pegawai Khas Naib Canselor).

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Zakaria dalam aluannya telah mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua ahli rombongan dari Darul Quran. Manakala YBhg. Dato’ Haji Razali dalam ucapan balasnya telah menyatakan hasrat dan tujuan utama kunjung hormat ini diadakan.

Pembentangan berkaitan kerjasama antara Darul Quran dan UPSI telah dibentangkan secara terperinci oleh Us. Mohamad Rahim Bin Mohammed Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Pengajian Darul Quran Jakim. UPSI secara dasarnya telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Darul Quran dan bagi tujuan kerjasama tersebut, UPSI dan Darul Quran telah bersetuju untuk menandatangani satu Memorandum of Understanding (MoU).

Pegawai-pegawai Darul Quran lain yang turut terlibat dalam lawatan ini ialah Us. Haji Mohd Norizan Bin Abd Ghani (Pendaftar), Ust. Kasumawati Binti Kassim (KPP Cawangan Kualiti Pendidikan Tahfiz), Ust. Norhayati Binti Ab Lateh (PPK Unit Dasar & Standard), Us. Mohd Zainudin Bin Wan Yusoff (PPK Pusat Pembangunan Kompetensi & Internship), Us. Muhamad Toriq Bin Yaacob (PP Unit Penyelidikan & Inovasi), Us. Ahmad Rijalluddin Bin Mohd Ramli (PP Pusat Pembangunan Kompentensi & Internship) dan Ust. Nursyazrin Binti Nazee Mudeen (PP Unit Dasar & Standard).

1

1a

2

4

5

7

8