Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Lawatan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin-6 & Addin-13 Ke Darul Quran

Seramai 140 orang pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN-6 & ADDIN-13, Padang Rengas, Kuala Kangsar serta 14 orang guru pengiring telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Darul Quran Jakim pada 21 Julai 2016.

Rombongan ADDIN telah diketuai oleh guru Ko-Kurikulum, Us. Syaffawi Bin Zainun dan ahli rombongan ini telah disambut oleh Peg. Perhubungan Awam Darul Quran, Us. Mohd Aishamudin Bin Samsungei, Us. Mohd Bakri Bin Hashim, Pen. Peg. Unit Komunikasi Korporat & Pengantarabangsaan serta pegawai dari Unit Kaunseling iaitu Us. Azman Bin Abd Latif@Jusoh.

Para ahli rombongan telah diberi taklimat berkenaan Darul Quran iaitu berkaitan sejarah, misi, visi dan pengajian-pengajian yang dijalankan serta syarat-syarat kemasukan ke program-program pengajian tersebut. Sesi taklimat ini telah diadakan di Auditorium Darul Quran dan disampaikan oleh Us. Mohd Bakri. Selepas itu diadakan kuiz berkenaan Ulum al-Quran dan ahli rombongan yang bertuah yang berjaya menjawab soalan dengan betul telah diberikan hadiah.

Rombongan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN-6 & ADDIN-13 telah bertolak ke destinasi seterusnya kira-kira jam 10:45 pagi selepas sesi penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.

DSC_8723

DSC_8729

DSC_8741

DSC_8747

DSC_8748

DSC_8753

DSC_8760

 

Semakan RAYUAN

semak1