Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Lawatan Sambil Belajar SMAP Labu Ke Darul Quran

Pada 22 Julai 2016, Darul Quran Jakim telah menerima kunjungan dari pelajar-pelajar sekolah Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu. Seramai 41 orang pelajar tingkatan empat sekolah ini dengan diiringi oleh dua orang guru pengiring telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Darul Quran bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang sistem pangajian tahfiz di samping dapat kenal dengan Darul Quran secara lebih dekat. Para pelajar ini terdiri dari pelajar program tahfiz di bawah Biro Makmal Huffaz hasil daripada inisiatif para guru serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

Rombongan 41 orang pelajar SMAP Labu ini telah diiringi oleh Ust. W. Zaimah Binti Wan Ibrahim dan Ust. Noorhidayah Binti Ibrahim. Mereka ini telah disambut oleh Peg. Perhubungan Awam Darul Quran, Us. Mohd Aishamudin Bin Samsungei dan Us. Mohd Bakri Bin Hashim, Pen. Peg. Unit Komunikasi Korporat & Pengantarabangsaan.

Para ahli rombongan telah diberi taklimat oleh Us. Mohd Aishamudin berkenaan Darul Quran iaitu berkaitan sejarah, misi, visi dan pengajian-pengajian yang dijalankan serta syarat-syarat kemasukan ke program-program pengajian tersebut. Sesi taklimat ini telah diadakan di Auditorium Darul Quran.

Sebelum sesi taklimat tersebut, Ust. W. Zaimah selaku ketua rombongan SMAP Labu dalam ucapannya telah mengucapkan terima kasih kepada pihak Darul Quran atas kesudian menerima kunjungan mereka. Beliau juga telah menyatakan hasrat serta tujuan lawatan ini agar dapat memberi motivasi kepada pelajar-pelajar untuk meningkatkan hafazan di samping perkongsian pintar berkenaan teknik hafazan yang digunakan oleh pelajar-pelajar Darul Quran. Selain itu, beliau juga mengharapkan agar melalui lawatan ini para pelajar mendapat serba sedikit gambaran berkenaan laluan untuk pelajar menyambung pelajaran di Darul Quran selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi yang berminat.

Taklimat berakhir pada jam 11:30 pagi dengan sesi penyampaian cenderahati dan sesi bergambar oleh kedua-dua pihak. Rombongan SMAP Labu telah bertolak pulang ke Negeri Sembilan selepas solat Jumaat di Darul Quran.

DSC_8765

DSC_8768

DSC_8770

DSC_8772

DSC_8773

DSC_8777

 

 

 

Semakan RAYUAN

semak1