Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Mesyuarat Lembaga Darul Quran Kali Ke-30 Bersidang Di Ilim Bangi

Mesyuarat Lembaga Darul Quran kali ke-30 telah berlangsung pada hari Khamis, 28 Julai 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Abu Bakar As-Siddiq, Blok Akademik A, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jakim, YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha. Beliau yang dalam ucapan aluannya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Lembaga Darul Quran kerana sudi hadir ke mesyuarat tersebut walaupun dalam kesibukan tugas masing-masing. YBhg. Tan Sri juga telah berbesar hati menjemput kesemua ahli lembaga Darul Quran untuk menghadiri program-program sepanjang Konvokesyen Kali Ke-25 dan Sambutan Jubli Emas Darul Quran seperti Ekspo Konvokesyen pada 4-7 Ogos 2016, Majlis Istiadat Konvokesyen pada 6 Ogos 2016, Siaran Langsung Forum Perdana Hal Ehwal Islam pada 4 Ogos 2016 dan Simposium Tahfiz al-Quran Peringkat Antarabangsa pada 22-24 November 2016 yang akan diadakan di ILIM.

Mesyuarat yang dihadiri oleh 7 orang Ahli Lembaga Darul Quran ini telah membincangkan berkenaan 4 kertas cadangan berkaitan Kertas Laporan Perakuan Keputusan Peperiksaan Akhir Pensijilan Tahfiz Al-Quran Semester 3 Jakim-UIAM bagi Tahun 2016, Kertas Cadangan Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Sempena Istiadat Konvokesyen Darul Quran Kali Ke-25, Kertas Cadangan Menjenamakan Semula Program Sijil Tahfiz Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) Kepada Sijil Asas Tahfiz Al-Quran Darul Quran Jakim dan Kertas Cadangan Lagu Rasmi Darul Quran Jakim.

Selain itu, mesyuarat juga turut membincangkan berkenaan Kertas Permohonan Cadangan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Darul Quran-Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan 2 lagi kertas makluman iaitu Kertas Makluman Mengadakan Majlis Konvokesyen Darul Quran Jakim Kali Ke-25 Dan Sambutan Jubli Emas Darul Quran dan Kertas Makluman Penganugerahan Tokoh Huffaz Sempena Sambutan Jubli Emas Darul Quran Jakim.

Ahli-ahli Lembaga Darul Quran yang hadir dalam mesyuarat pada sesi kali ini ialah Prof. Dato’ Dr. Sidek Bin Baba, S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Dato’ Haji Razali Bin Shahabudin, Datin Dr. Rosslina Binti Ahmad Mokhtar, En. Masri Bin Razali, Hajjah Zawanah Binti Muhammad, Tuan Razali Bin Ariffin dan Pengarah Darul Quran, Dr. Haji Nordin Bin Ahmad selaku Setiausaha.

Turut hadir dalam Mesyuarat Lembaga ini ialah Dr. Monika@Munirah Binti Abd Razak, Ketua Jabatan Al-Quran Dan Hadith Universiti Malaya, En. Murshid Bin Kassim, Penyelaras Pelajar Luar Negara dan Program Tahfiz, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), En. Muhammad Shafie Bin Haji Ismail, Ketua Unit Pemerkasaan Pengajian, Kementerian Pendidikan Malaysia, En. Suhaimi Bin Saad, komposer lagu rasmi (cadangan) Darul Quran dan 18 orang pegawai Darul Quran.

0J0A5417

0J0A5421

0J0A5423

0J0A5424

0J0A5427

0J0A5429

0J0A5430

0J0A5434

0J0A5436

0J0A5443

0J0A5445

0J0A5454

Semakan RAYUAN

semak1