Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Majlis Sambutan Hari Raya Darul Quran

Persatuan Kebajikan Kakitangan Darul Quran dengan kerjasama Koperasi Darul Quran telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 2 Ogos 2016 bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu.

Walaupun Syawal masih berbaki 2 hari lagi, majlis ini tetap diadakan kerana di samping bertujuan menyambut Aidilfitri, majlis ini juga turut meraikan pegawai-pegawai Darul Quran yang akan menunaikan haji pada tahun ini. Selain itu, majlis ini juga turut meraikan kakitangan Darul Quran yang telah bersara dan bertukar ke jabatan lain.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan wakil pihak penganjur, Us. Haji Mohd Nazri Bin Abdullah Pengerusi Persatuan Kebajikan Kakitangan Darul Quran. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan Us. Kamarul Saman Bin Yaacub selaku wakil pegawai yang akan menunaikan haji. Beliau yang dalam ucapannya mengharapkan agar orang ramai mendoakan keselamatan jemaah haji Darul Quran di samping mengharapkan segala urusan sepanjang menunaikan haji pada tahun ini dipermudahkan seterusnya mereka semua mendapat haji yang mabrur.

Agenda majlis disambung pula dengan ucapan daripada YBrs. Pengarah, Dr. Haji Nordin Bin Ahmad. YBrs. Dr. Telah menyatakan majlis pada hari ini walaupun pada mulanya tidak dirancang namun tetap berjaya untuk diadakan berkat kerjasama semua cawangan/unit. Setiap makanan yang dihidangkan dalam majlis ini merupakan sumbangan dan tajaan dari semua cawangan atau unit di Darul Quran selain sumbangan Persatuan Kebajikan Kakitangan Darul Quran.

Majlis berakhir dengan bacaan doa dan jamuan makan. Sebelum itu, YBrs. Pengarah diiringi Pengerusi Persatuan Kebajikan Kakitangan Darul Quran telah menyampaikan cenderahati kepada pegawai-pegawai Darul Quran yang akan menunaikan haji pada tahun ini dan penyampaian cenderahati kepada Pn. Zuraida Binti Roslan yang telah bersara. Cenderahati ini merupakan sumbangan Persatuan Kebajikan Kakitangan Darul Quran dan Puspanita Darul Quran.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Penghulu Kuala Kubu Bharu, En. Airuddin Bin Saranor @ Sargena dan Pn. Nurul Aini Binti Mohamed Ali dari Sinar Harian Hulu Selangor.

0J0A5492

0J0A5496

0J0A5497

0J0A5499

0J0A5500

0J0A5504

0J0A5507

0J0A5513