Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Bahang Istiadat Konvokesyen Kali Ke-25 Telah Bermula Dengan Perasmian Ekspo Konvokesyen Darul Quran

KUALA KUBU BHARU – Pada 4 Ogos 2016, Darul Quran telah mengadakan Majlis Perasmian Ekspo sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-25 yang berlangsung dalam suasana sederhana tetapi istimewa kerana Majlis Istiadat Konvokesyen pada tahun ini disambut bersama Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas Darul Quran Jakim. Majlis yang disempurnakan oleh YBhg. Dato Haji Razali Bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim diserikan lagi dengan persembahan dikir barat dan persembahan silat oleh para pelajar Darul Quran.

Beliau yang dalam ucapan perasmiannya telah menyentuh beberapa perkara antaranya ialah penganjuran ekspo seperti ini boleh dijadikan platform untuk mengeratkan lagi hubungan antara Darul Quran dengan masyarakat di Hulu Selangor di samping dapat memperkenalkan Darul Quran kepada orang awam khususnya berkaitan program-program yang sedang dijalankan oleh Darul Quran. Selain itu, beliau juga telah mengambil kesempatan untuk menasihatkan para pelajar agar menyeimbangkan antara pelajaran serta aktiviti ko-kurikulum bertepatan dengan keterlibatan pelajar dalam penganjuran majlis Eskpo dan Istiadat Konvokesyen ini.

Ekspo yang akan berlangsung selama 4 hari 3 malam ini akan bermula pada 4 hingga 7 Ogos 2016. Pada ekspo kali ini, Darul Quran telah mengaturkan pelbagai acara bagi menarik minat orang ramai untuk berkunjung ke tapak ekspo antaranya ialah Karnival Sukan Jemputan yang melibatkan penyertaan dari IPT-IPT/MTQN-MTQN seperti pertandingan futsal, bola sepak, sepak takraw, bola jaring dan bola tampar selain sukan rakyat yang boleh disertai oleh masyarakat awam.

Selain itu, pada ekspo kali ini, Darul Quran turut mengadakan Siaran Langsung Forum Perdana Hal Ehwal Islam dengan kerjasama RTM TV1, Malam Kesenian Islam yang menampilkan kumpulan nasyid Rabbani, Pertandingan Memancing yang menawarkan keseluruhan hadiah sebanyak RM24,000, Pemeriksaan Kesihatan, Derma Darah, Klinik al-Quran, Lailatul Quran, Kembara Persatuan Nissan Grand Livina (PNGL) Ke Kampus Darul Quran, Pameran Motosikal Berkuasa Tinggi, aktiviti berkayak, memanah, berkuda serta banyak lagi acara yang menarik yang disediakan oleh pihak pengajur ekspo pada tahun ini.

Majlis perasmian ekspo ini berakhir dengan bacaan doa seterusnya lawatan YBhg. Dato Haji Razali, diiringi YBrs. Pengarah Darul Quran dan pegawai-pegawai kanan Darul Quran ke tapak-tapak pameran serta gerai-gerai jualan.

2

3

4

5

6

7

8

Semakan RAYUAN

semak1