Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Kursus Pengungsian Bangunan

Kuala Kubu Bharu – Cawangan Pentadbiran & Kewangan Darul Quran Jakim telah menganjurkan Kursus Pengungsian Bangunan bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat pada 18 Ogos 2016 bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran Jakim. Kursus ini diadakan selaras dengan arahan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Bil. 1/2016 yang telah bersidang pada 23 Mac 2016.

Kursus ini telah disampaikan oleh En. Mohd Ridzuan Bin Razali dari Bahagian Latihan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kursus ini mengandungi dua agenda iaitu ceramah dan latihan kebakaran.

En. Mohd Ridzuan dalam ceramahnya telah menyampaikan beberapa perkara penting meliputi tindakan apabila berlakunya kebakaran, ciri-ciri keselamatan bangunan, persediaan dalam mengadakan latihan kebakaran serta objektif latihan kebakaran diadakan.

Dalam sesi ceramah ini, beliau turut mengambil kesempatan menjelaskan tentang tugas-tugas Jabatan Bomba Dan Penyelamat iaitu:

i. mengambil langkah-langkah yang sah bagi memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran

ii. melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran

iii. menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyenggaraannya dan pengawal seliaanya yang sempurna

iv. menentukan adanya jalan keluar yang cukup dari semua premis ditetapkan sekiranya berlaku kebakaran.


Selain itu, antara tugas-tugas dan peranan Jabatan Bomba Dan Penyelamat ialah menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal keadaan kebakaran di samping melaksanakan khidmat kemanusiaan, termasuk perlindungan nyawa serta harta semasa berlaku apa-apa bencana.

Kursus yang diadakan pada pukul 3:00 petang ini telah dihadiri oleh para pensyarah, kakitangan dan pelajar-pelajar Darul Quran. Kursus ini berakhir kira-kira pada jam 5:00 petang selepas demonstrasi atau latihan amali dalam menghadapi situasi kebakaran.

 

IMG_0119

IMG_0110

IMG_0109

IMG_0117

IMG_0114

IMG_0115

IMG_0116

IMG_0118

IMG_0118