Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Projek Inovasi Ulangan Dan Pengukuhan Hafazan Al-Quran - Quranic Pen Card (Q-Pec) - Dianugerahkan “Silver Medal” Di Novel Research & Innovation Competition 2016 (Nric)

GELUGOR - Inovasi Alat Pengukuhan Hafazan al-Quran hasil kreativiti dan ciptaan para pelajar Darul Quran (DQ) Jakim bagi Program Ijazah Sarjana Mudan Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Darul Quran berjaya melakar kejayaan sekali lagi apabila dianugerahkan ‘Silver Medal’ menerusi Novel Research & Innovation Competition 2016 (NRIC) pada 16 hingga 18 Ogos 2016 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Muhamad Aidil, 22 dan 5 orang pelajar yang lain (Syuib Bin Shafi, Syahmi Bin Md Nawi, Ellyana Nazima Binti Razali, Farahan Binti Mohd Fakri dan Muhamad Haziq Bin Saiful Bahari) telah menghasilkan satu alat pengukuhan hafazan al-Quran dengan mewujudkan sebuah produk inovasi yang dinamakan ‘Q-PEC’. Produk ini dibangunkan dengan berkonsepkan 3 P (Pengajaran+Pengulangan+Permainan) untuk membantu mengukuhkan hafazan al-Quran.

Q-PEC yang disenaraikan dalam kategori Social Transformation and Creative Arts diinsprasikan daripada permainan UNO. Ia dicipta khusus sebagai medium yang boleh digunakan untuk menggalakan dan menarik minat individu untuk sentiasa mengulang hafazan dengan lebih santai dan menyeronokkan.

“Pengalaman menghafal semasa di peringkat Diploma banyak membantu mencetuskan idea ini. Hakikat yang kami perlu terima ialah untuk menghafal al-Quran ia merupakan satu perkara yang lebih mudah daripada mengekalkan hafazan tersebut. Kekurangan semangat dan teknik pengulangan hafazan yang standard ini akhirnya menyebabkan al-Quran yang dihafal semakin tidak lancar maka, hasil daripada penelitian masalah tersebut kami sangat berhasrat untuk membantu golongan penghafal seperti kami sendiri untuk sentiasa memperkukuhkan hafazan al-Quran dan dalam masa yang sama menggunakan teknik ulangan secara santai dan interaktif.”, jelas Aidil.

Sebelum ini produk Q-PEC ini turut dianugerahkan “Silver Medal” bagi Domain “Education Innovation” menerusi ‘Islamic Innovation Student Competition’ (i-Reka ’16) pada 19 Mei 2016 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). “Q-PEC” juga berjaya melalui saringan penilaian projek di USIM dan menempatkan diri dalam 8 tempat bagi mewakili USIM daripada 16 projek inovasi yang disaring.

1

2

3

4