Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Rakan Pusat Islam Menganjurkan Program Cinta Masjid & Surau Bersama Persatuan Penduduk Taman Desa Bukit Bujang

KUALA KUBU BHARU – Rakan Pusat Islam Darul Quran dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Desa Bukit Bujang, Ampang Pecah telah menganjurkan program “Cinta Masjid & Surau” pada 21 Ogos 2016. Program yang telah berlangsung selama sehari di Surau Sa’odatus-Salam, Taman Desa Bukit Bujang itu disertai seramai 40 orang pelajar Darul Quran diketuai oleh saudara Muaz Bin Ismail serta anak-anak muda dan beberapa buah keluarga yang terdiri daripada penduduk-penduduk taman itu sendiri.

Program yang singkat ini diuruskan oleh para pelajar Darul Quran sendiri sekali gus diisi dengan pelbagai pengisian serta aktiviti menarik seperti Tahsin al Quran, Smart Solat dan sukaneka. Tujuan program ini diadakan lebih memberi penumpuan kepada golongan anak-anak muda sebagai sasaran utama dalam memupuk mereka untuk lebih minat mendekati masjid dan surau sebagai pusat penyatuan ummah selain memberi pendedahan kepada para pelajar Darul Quran akan kepentingan mereka sebagai huffaz dalam mendepani waqi’ masyarakat kontemporari.

Selain itu, para pelajar Darul Quran juga tidak melepaskan peluang dengan mengadakan slot bersama keluarga angkat bermula selepas Solat Zohor sehingga Solat Asar. Seramai sembilan buah keluarga yang sudi dan berkelapangan menjadi keluarga angkat kepada para pelajar Darul Quran yang menyertai program ini. Slot bersama keluarga angkat merupakan slot yang dinanti-nantikan oleh para penduduk yang terlibat dengan program ini. Ini kerana ianya merupakan slot yang dapat merapatkan ukhuwah antara golongan huffaz dan masyarakat sekali gus merupakan program anak angkat kali kedua selepas program Bakti Huffaz selama tiga hari anjuran Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) pada tahun 2013 di tempat yang sama.

Tidak ketinggalan juga slot kerohanian selepas Solat Asar berjemaah di surau berkenaan yang disampaikan sendiri oleh Pensyarah (jemputan) Darul Quran, Ustaz Wan Mohd Noor Bin Wan Ali yang bertajuk “Cinta Masjid & Surau”. Program ini berakhir tepat pada jam 6.30 petang selepas majlis penutup yang dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Komuniti 1 Malaysia, Tuan Haji Abd Wahab & Penasihat Rakan Pusat Islam Darul Quran, Ustaz Muhammad Adam Bin Ab Rashid.

1

2

3

4

Semakan RAYUAN

semak1