Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

45 Mahasiswa Mendaftar Program Ijazah USIM-DQ

KUALA KUBU BHARU - Darul Quran telah menerima seramai 45 mahasiswa baru bagi mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Quran & Sunnah Dengan Kepujian USIM di Darul Quran bagi Sesi Akademik 2016-2019. Pengambilan pada sesi kali ini melibatkan 23 orang siswa dan 20 orang siswi. Kesemua siswa siswi ini telah diraikan pada Majlis Sambutan Siwa Siswi Baru USIM-DQ pada 5 September 2016 yang telah dirasmikan oleh YBrs. Pendaftar Darul Quran, Us. Haji Mohd Norizan Bin Abd Ghani.

Dalam ucapan perasmiannya, Us. Haji Mohd Norizan mengucapkan tahniah kepada semua mahasiswa yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Quran dan Sunnah dengan kerjasama Darul Quran bersama USIM. Beliau turut menggesa kepada siswa siswi baru agar memberi sepenuh komitmen sepanjang pengajian di Darul Quran di samping terus konsisten dalam mengekalkan hafazan.

Program kerjasama antara USIM dan Darul Quran ini telah dilaksanakan bermula pada tahun 2009 dan lima kumpulan telah pun bergraduasi sejak program ini diperkenalkan. Pelajar-pelajar yang diterima untuk mengikuti program ini mestilah terdiri daripada bekas graduan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat sama ada belajar di kampus Darul Quran Kuala Kubu Bharu mahupun di Maahad-Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri. Ketika ini, seramai 172 orang graduan telah dihasilkan melalui program ini.

Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar yang dilafazkan oleh siswa siswi baru yang diketuai oleh Saudara Afiq Fakhri Bin Zulkifli seterusnya jamuan makan. Para siswa siswi baru ini akan mengikuti program Transformasi Kecemerlangan Minda (TRANSKEM) yang akan dijalankan bermula 5 hingga 7 September 2016.

1

2

3

4

5

6

7

8

 


Semakan RAYUAN

semak1