Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Darul Quran Menerima Kunjungan Dr. Adel A. Ghoutah, Penolong Setausaha Agung Majmak Fiqh Islam Antarabangsa Di Jeddah, Isteri Dan Keluarga

KUALA KUBU BHARU - Darul Quran telah menerima kunjungan Dr. Adel A. Ghoutah, Penolong Setausaha Agung Majmak Fiqh Islam Antarabangsa merangkap Pensyarah Pengajian Islam Universiti Abdul Aziz, Jeddah pada 7 September 2016. YBhg. Dr. hadir bersama isterinya, Dr. Azzah Muiny, pensyarah jarak jauh Universiti Al-Madinah Antarabangsa (MEDIU) serta dua orang anak.

Kunjugan ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan serba sedikit maklumat berkenaan sistem pengajian tahfiz al-Quran serta sistem pengajian Qiraat yang dijalankan oleh Darul Quran. YBrs. Pengarah Darul Quran, Dr. Haji Nordin Bin Ahmad dalam aluannya telah mengucapkan rasa syukur dan berbesar hati di atas kehadiran Dr. Adel, Dr. Azzah serta keluarga ke Darul Quran. Manakala Dr. Adel dalam ucapan balasnya telah menyatakan rasa terima kasih atas layanan baik yang telah diberikan oleh pihak Darul Quran.

Dalam kunjungan ini, Ustaz Abada Tawfik al-Bahnasy, Pegawai Perhubungan Antarabangsa, Cawangan Kualiti Pendidikan Tahfiz telah diberikan mandat oleh YBrs. Pengarah untuk memberikan taklimat berkenaan sejarah Darul Quran serta program-program pengajian yang sedang dijalankan di Darul Quran.

Selain itu, Dr. Adel dan Dr. Azzah juga telah diberi taklimat berkaitan manhaj pembelajaran Quran dan Qiraat di Darul Quran yang disampaikan oleh Syeikh Abdel Mohaimen Sayyid Aly Abdel Maged, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian al-Quran & Qiraat. Dalam taklimatnya, Syeikh Abdel Mohaimen telah menjelaskan bahawa Darul Quran telah menggunapakai manhaj seperti yang diamalkan oleh Maahad Qiraat al-Azhar di Mesir. Malah, Diploma Darul Quran adalah setaraf dengan peringkat ‘Aliyah di Maahad Qiraat al-Azhar, Mesir. Di samping itu, Darul Quran juga telah mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Dr. Adel berkenaan peluang para pelajar Darul Quran bagi menyambung pelajaran di mana-mana universiti di Arab Saudi.

Pertemuan kedua-dua pihak berakhir dengan penyampaian cenderahati Darul Quran kepada Dr. Adel dan sesi bergambar. Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Us. Haji Mohd Norizan Bin Abd Ghani, Ust. Azizah Binti Che Hassan, Us. Mohamad Rahim Bin Mohammed Abdul Rahman, Ust Kasumawati Binti Kasim, Us. Haji Mohd Nazri Bin Abdullah, Us. Ibrahim Bin Abdullah, Us. Shahrulkarnain Bin Mohamad Nazir, Ust. Norsyida Binti Md Zin, Ust. Kenz Abdel Moniem Ibrahim, Us. Yasir Mohamed Abdou Mohamed El-Atabany, Us. Mohd Aishamudin Bin Samsungei dan Us. Muktasyaf Bin Ibrahim.

8

0

1

2

3

4

5

7

 

Semakan RAYUAN

semak1