Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Darul Quran Menerima Lawatan Peserta “Asia Pacific Imam’s Profesionalism Course”

KUALA KUBU BHARU – Pada 30 September 2016, Darul Quran telah menerima lawatan 17 orang peserta “Asia Pacific Imam’s Profesionalism Course” serta 6 orang urusetia program tersebut. Program ini merupakan kerjasama antara World Assembly of Muslim Youth (WAMY) dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Program yang dijadualkan selama hampir satu bulan ini telah memilih Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu sebagai salah satu destinasi lawatan dan slot ceramah.

Delegasi peserta dan urusetia “Asia Pacific Imam’s Profesionalism Course” ini telah disambut oleh Ketua Penolong Pengarah Pengajian Darul Quran, Ustaz Haji Mohammad Rahim Bin Mohammed Abdul Rahman. Sementara urusetia WAMY yang hadir ialah En. Mohamad Zahid Bin Jamaluddin dan Cik Mastura Binti Mas’ud. Manakala urusetia ILIM dihadiri oleh Ustaz Majdi Bin Mohamad Nor, Ustaz Mohamed Ismail Bin Mohamed Yusof, Ustaz Saufi Bin Osman dan Ustaz Zaharin Bin Ismail.

Pada pertemuan yang diadakan di Dewan Perpustakaan Darul Quran, Ustaz Haji Mohammad Rahim turut menyampaikan ceramah kepada peserta-peserta program berkenaan tajuk al-Quran dan Taharah-Theory. Selepas itu, para peserta diberikan taklimat berkenaan Darul Quran iaitu berkaitan sejarah, logo, misi, visi, statistik graduan dan pengajian-pengajian yang dijalankan serta syarat-syarat kemasukan ke program-program pengajian tersebut. Ustaz Haji Mohammad Rahim turut berkenan menyampaikan cenderahati kepada wakil urusetia dari WAMY serta wakil urusetia dari ILIM.

Program bersambung selepas solat Jumaat dengan slot Sharing Moment yang dikendalikan oleh fasilitator dalam kalangan pelajar-pelajar program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Quran & Sunnah USIM-DQ. Urusetia pegawai yang terlibat turut terlibat dalam program ini ialah Ustaz Sukhairu Bin Sulaiman, Ustaz Mohd Aishamudin Bin Samsungei, Ustaz Ahmad Rijalludin Bin Mohd Ramli, Puan Siti Hajar Aflah Binti Sharuddin, Puan Nor Liyana Binti Muhammed Kurnain dan Ustaz Mohd Bakri Bin Hashim.

Delegasi peserta dan urusetia program “Asia Pacific Imam’s Profesionalism Course” ini telah bertolak pulang ke ILIM Bangi kira-kira jam 3:15 petang selepas sesi bergambar.

DSC_0163

DSC_0166

DSC_0167

DSC_0168

DSC_0174

DSC_0175

DSC_0179

DSC_0190

DSC_0192