Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Lawatan Ahli-Ahli Persidangan Pengetua Maahad Tahfiz 1/2016 Ke Darul Quran Jakim

KUALA KUBU BHARU – Pada 5 Oktober 2016, Darul Quran telah menerima lawatan dari institusi-institusi tahfiz di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Lawatan ke Darul Quran ini diadakan berdasarkan kepada minit Persidangan Pengetua Maahad Tahfiz 1/2016 anjuran Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang telah diadakan pada 6 Mac 2016.

Lawatan ini telah disertai oleh 8 buah institusi tahfiz terdiri dari Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi Nipah Bachok, SMU (A) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung Tumpat, Maahad Tahfiz Sains Berangan Tumpat, Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah Pasir Mas, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, SMU (A) Al-Kauthar (SABK) Peringat Kota Bharu, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong dan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas. Lawatan ini juga turut disertai oleh Pegawai Tahfiz Yayasan Islam Kelantan, Ustaz Che Khairuleffendi Bin Che Kamaruzaman dan Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Shah Alam (MTAQSA), Ustaz Mohammad Bokhari Shariff.

Delegasi tetamu telah diketuai oleh YBrs. Ustaz Haji Mohd Shafie Bin Haji Ismail selaku Pengerusi Persidangan Pengetua Maahad Tahfiz anjuran Yayasan Islam Kelantan (YIK). Sementara para tetamu telah diraikan oleh pegawai dan kakitangan Darul Quran yang diketuai oleh Pendaftar, Ustaz Haji Mohd Norizan Bin Abd Ghani mewakili Pengarah Darul Quran.

Beliau yang dalam ucapan aluannya telah mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu dan menyampaikan salam YBrs. Pengarah yang tidak dapat menyertai perjumpaan ini disebabkan terlibat dengan Mesyuarat Bahagian-Bahagian Jakim di Putrajaya. Selepas itu, delegasi tetamu telah diberikan taklimat berkenaan Darul Quran yang disampaikan oleh Ustaz Shahrulkarnain Bin Mohamad Nazir, Penolong Pengarah Kanan Unit Komunikasi Korporat & Pengantarabangsaan. Dalam taklimat berkenaan, 2 program pengajian yang diusahakan oleh Darul Quran telah diberi penekanan oleh Ustaz Shahrulkarnain iaitu program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Tahfiz Malaysia (STM).

Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ini dibangunkan secara kerjasama antara Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta Darul Quran dan ianya boleh diaplikasikan oleh mana-mana institusi tahfiz di Malaysia. Ketika ini, Darul Quran sedang melaksanakan SKM Bidang Pengurusan Masjid Tahap 3 dan sedang berusaha melaksanakan Tahap 4 dan 5 bagi bidang ini. Darul Quran juga sedang merangka bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk mewujudkan Bidang Pengurusan Mutawif dan Bidang Pengurusan Tahfiz.

Manakala Sijil Tahfiz Malaysia (STM) pula merupakan suatu bentuk ujian terbuka bagi memperakukan status hafazan al-Quran dalam kalangan para huffaz. Ia diperkenalkan adalah bertujuan untuk mengiktiraf individu-individu yang menghafaz 30 juzu’ al-Quran serta tidak memperolehi pengiktirafan dari mana-mana institusi. Ia juga bertujuan bagi mengelakkan sesetengah individu menyalahgunakan gelaran "Al-Hafiz" pada nama mereka.

Ketika ini, STM diterima pakai sebagai salah satu “dokumen sokongan” bagi permohonan Guru Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) yang ditawarkan oleh Jakim.

Antara pegawai Darul Quran yang turut hadir dalam lawatan ini ialah Ustaz Haji Kamarul Saman Bin Yaacub, Ustaz Haji Mohamad Rahim Bin Mohammed Abdul Rahman, Ustazah Kasumawati Binti Kassim, Ustaz Haji Othman Bin Muda, Ustaz Haji Mohd Nazri Bin Abdullah, Ustaz Khairul Anuar Bin Mustaffa, Ustaz Mohd Abdul Rauf Bin Sidek dan Ustaz Mohd Aishamudin Bin Samsungei.

 

0J0A9708

0J0A9709

0J0A9711

0J0A9712

0J0A9713

0J0A9714

0J0A9716

0J0A9718

0J0A9720

DSC_0204