Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Masyarakat Orang Asli Di Kampung Orang Asli Gerachi Disantuni Pelajar Darul Quran

KAMPUNG ORANG ASLI GERACHI, KUALA KUBU BHARU - Persatuan Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (PERMAS) dengan kerjasama Unit Kemahiran Insaniah Hal Ehwal Pelajar, Darul Quran Jakim serta Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) telah menganjurkan Program Mesra Dakwah Bersama Masyarakat Orang Asli 2.0 di Kampung Orang Asli Gerachi di Kuala Kubu Bharu Selangor pada 5 November 2016.

Program ini turut mendapat kerjasama dari Majlis Agama Islam Daerah Hulu Selangor. Seramai 43 orang pelajar telah menyertai program ini. Program ini merupakan suatu platform kepada para pelajar dalam menyumbang khidmat bakti kepada masyarkat di luar kampus seterusnya dapat menunjukkan nilai-nilai akhlak yang boleh diteladani oleh mereka.

Program yang berlangsung selama satu hari ini telah bermula dari pukul 3:00 petang dengan pengisian pelbagai aktiviti yang melibatkan masyarakat orang asli dan pelajar-pelajar dari Darul Quran. Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti gotong-royong, membersihkan surau, mengecat dan membaiki pagar surau. Selain itu, terdapat juga aktiviti sukaneka seperti kerusi berirama, tiup gula-gula dalam tepung, boling padang, pakaian beragam serta pertandingan bola sepak. Sambutan yang diberikan oleh masyarakat setempat adalah sangat menggalakkan.

Pada malamnya, masyarakat disajikan dengan pengisian tazkirah yang berkonsepkan dikir zikir yang telah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Azamuddin. Seterusnya, program diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah oleh wakil Majlis Agama Islam Daerah Hulu Selangor dan JKK Kg. Orang Asli Gerachi. Majlis ini telah berakhir pada jam 10.00 malam.

org-asli-6

org-asli-3

org-asli-5

org-asli-7

org-asli-6

orang-asli-2

org-asli-1

Semakan RAYUAN

semak1