Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Lawatan Mahabbah Dari KUIN Ke Darul Quran

Darul Quran telah menerima kunjungan mesra delegasi daripada Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil, Kedah. Delegasi KUIN ini terdiri daripada Dekan, Timbalan Dekan dan pensyarah-pensyarah daripada Kuliyyah Al-Quran & Sunnah.

Delegasi KUIN seramai 6 orang telah diketuai oleh Dekan Kuliyyah Al-Quran & Sunnah, Ustaz Mat Rani Bin Abdul Manaf. Diikuti oleh Ustaz Abdul Hakim Bin Mahadzir selaku Timbalan Dekan, Dr. Mohd Sholeh Bin Sheh Yusuff selaku Pensyarah Kanan, Dr. Ali Omar Salem Balagem selaku Pensyarah, Ustaz Mohamad Alwi Bin Ab Rahman selaku Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi dan Ustaz Mohd Affif Bin Othman selaku Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KUIN. Sementara dari pihak tuan rumah, Pengarah Darul Quran sendiri, Dr. Haji Nordin Bin Ahmad telah mengetuai pegawai-pegawai Darul Quran dalam meraikan para tetamu dari KUIN.

Dalam ucapan YBrs. Pengarah, beliau telah mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada delegasi KUIN kerana berkenan untuk menziarahi Darul Quran bagi melihat ruang-ruang kerjasama yang boleh dijalinkan antara Darul Quran dan KUIN. Sesi lawatan ini telah dimulakan dengan taklimat berkenaan Darul Quran yang telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Unit Komunikasi Korporat & Pengantarabangsaan, Ustaz Shahrulkarnain Bin Mohamad Nazir. Beliau telah menerangkan kepada para tetamu berkenaan program-program pengajian yang sedang dijalankan oleh Darul Quran sekarang. Dimulai daripada program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ, program Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat serta kerjasama-kerjasama Darul Quran bersama 14 buah Maahad-Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri, Program Pensijilan Jakim-UIAM, Jakim-UNITEN, Jakim-CUCMS, Jakim-UTeM hinggalah kepada program Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang ditawarkan kepada masyarakat awam yang menghafaz al-Quran.

Majlis ini berakhir selepas pertukaran cenderahati dari kedua-dua pihak dan sesi bergambar. Pegawai-pegawai Darul Quran yang turut hadir dalam majlis ini ialah Pendaftar, Timbalan Pengarah Akademik, KPP Cawangan Kualiti Pendidikan Tahfiz, KPP Hal Ehwal Pelajar, Ketua Jabatan Pengajian Tahfiz, Ketua Jabatan Pengajian Al-Quran & Qiraat dan Ustaz Mohd Aishamudin Bin Samsungei serta Ustaz Mohd Bakri Bin Hashim selaku urusetia.

IMG_1187

IMG_1191

IMG_1192

IMG_1198

IMG_1200

IMG_1199

IMG_1197