Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Lawatan Kerja YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Ke Darul Quran

KUALA KUBU BHARU – Dalam usaha memartabatkan pendidikan tahfiz di Malaysia, Darul Quran Jakim telah menerima lawatan kerja delegasi daripada kerajaan Negeri Sembilan pada 18 November 2016. Delegasi ini telah diketuai oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Negeri Sembilan, Dato’ Haji Mat Ali Bin Hassan. Lawatan kerja ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat dari Darul Quran berkenaan usaha-usaha menaiktaraf pendidikan tahfiz ke peringkat yang lebih tinggi.

Delegasi kerajaan Negeri Sembilan seramai 5 orang ini turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), YBhg. Dato’ Haji Selamat Bin Paigo, Pengetua Institut Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN), YBrs. Haji Zamani Bin Ibrahim, Ustaz Amir Intizam Bin Othman, Penolong Pengarah Pendidikan, Unit Pengajian Tinggi & Pembangunan Modal Insan JHEAINS dan Encik Ahmad Muzhaffar Bin Awaludin selaku Pegawai Khas kepada YB SUK Negeri Sembilan. YBhg. Datuk Haji Nordin Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jakim telah berkenan untuk mempengerusikan pertemuan antara pihak kerajaan Negeri Sembilan dengan Darul Quran Jakim.

Beliau yang dalam ucapannya telah mengalu-alukan kedatangan para tetamu serta menyampaikan salam YBhg. Tan Sri Dato’ Ketua Pengarah Jakim yang tidak dapat hadir bersama kerana terpaksa menghadiri program di Kudat. Manakala ucapan balas pihak tetamu selepas itu telah diberikan sendiri oleh Y.B. Dato’ Haji Mat Ali. Dalam ucapannya, beliau telah menyatakan hasrat kerajaan Negeri Sembilan untuk menaiktaraf ITQAN ke peringkat kolej ataupun kolej universiti. Hasrat semenjak 4 tahun lepas ini telah disasarkan untuk dilancarkan proses menaiktaraf bagi kohort pelajar ijazah pertama ITQAN pada tahun hadapan.

Agenda lawatan diteruskan dengan pembentangan berkenaan pengurusan pentadbiran dan akademik Darul Quran serta program-program pengajian yang sedang dijalankan oleh Penolong Pengarah Kanan Unit Komunikasi Korporat & Pengantarabangsaan (UKKP), Ustaz Shahrulkarnain Bin Mohamad Nazir. Pembentangan ini turut diselangseli dengan pertanyaan-pertanyaan dari pihak tetamu dan telah dijawab dengan baik oleh YBrs. Pengarah Darul Quran, Dr. Haji Nordin Bin Ahmad serta wakil-wakil pengurusan Darul Quran. Berdasarkan hasil perbincangan, kedua-dua pihak bersetuju untuk diadakan perincian kepada beberapa tindakan susulan bagi mencapai objektif lawatan ini.

Majlis berakhir selepas pertukaran cenderahati antara kedua-dua pihak. Wakil Darul Quran yang turut hadir dalam pertemuan ini ialah Ustaz Haji Norizan Bin Abd Ghani selaku Pendaftar, Ustazah Azizah Binti Che Hassan selaku Timbalan Pengarah Akademik serta Ketua-Ketua Penolong Pengarah dan Ketua-Ketua Unit yang berkaitan.

0J0A1129

0J0A1143

0J0A1144

0J0A1145

0J0A1149

0J0A1158

0J0A1163

Semakan RAYUAN

semak1