Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Kelas Pengajian Al-Quran Dewasa & Tahfiz Mini Kanak-Kanak Sesi 2016 Melabuhkan Tirai

Pusat Islam Darul Quran dengan kerjasama Rakan Pusat Islam (RAPI) telah mengadakan Majlis Perasmian Penutupan Kelas Pengajian Darul Quran Jakim bagi sesi 2016 dengan jayanya. Majlis ini diadakan sebagai sambutan kepada Kelas Pengajian Al-Quran Dewasa & Tahfiz Mini Kanak-Kanak yang telah diadakan pada setiap Ahad, 3 minggu sebulan. Kelas ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat awam apabila penyertaan peserta bukan sahaja dari Hulu Selangor malah ada peserta yang datang dari Raub.

Kelas ini diadakan sebagai salah satu program dalam memasyarakatkan Darul Quran di samping matlamat utamanya adalah untuk mentahsin atau memperbetulkan bacaan al-Quran masyarakat awam. Tenaga-tenaga pengajar kelas ini merupakan para pensyarah dari Darul Quran Jakim.

Terdapat pelbagai aktiviti yang berlangsung sepanjang Majlis Perasmian Penutupan ini diadakan antaranya bermula dengan Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Shamsul Bahari Bin Dahalan Al-Hafiz, Ketua Jabatan Syariah Darul Quran. Seusai menikmati juadah minum pagi, majlis diteruskan lagi dengan Pertandingan Bacaan Al-Quran bagi kategori lelaki dan wanita dewasa. Bagi kanak- kanak pula, berlangsung pertandingan hafazan dan azan yang dijalankan secara serentak.

Akhir sekali, majlis perasmian penutup berlangsung pada pukul 12:00 tengah hari, bermula dengan bacaan al-Quran oleh saudara Aiman Ridhwan Bin Muhammad Ramlan dan saudari Safwanah Binti Mad Suji, pelajar Diploma Tahfiz Darul Quran. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan penghulu kelas pengajian, Haji Yusof Bin Abd Rahman dan ucapan Ustaz Muhammad Adam Bin Ab Rashid, Penolong Pengarah Pusat Islam yang mewakili YBrs. Pengarah Darul Quran seterusnya merasmikan penutupan Kelas Pengajian Al-Quran Dewasa & Tahfiz Mini Kanak-Kanak bagi Sesi 2016.

Acara penyampaian sijil, saguhati kepada para asatizah, hadiah kepada para peserta juga diadakan bagi meraikan para pemenang bagi setiap pertandingan. Para peserta menikmati juadah makan tengahari yang disediakan sebelum bersurai.

1

2

3

4

5

Semakan RAYUAN

semak1