Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Pengambilan Pelajar Bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran Sesi 2017/2020

DARUL QURAN JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon program Diploma Tahfiz Al-Quran. Program ini mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).

SISTEM PENGAJIAN

Pengajian dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun ( 6 semester ). Pelajar akan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah yang profesional dan berpengalaman. Bidang pengkhususan yang ditawarkan ialah Qiraat, Syariah, Dakwah, Hadis, Muamalat dan Pengurusan Halal.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

i. Berumur tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin.

ii.  Lulus SPM dengan syarat minimum Gred ‘C’ dalam mata pelajaran berikut :

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Arab
  3. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan
  4. Syariah Islamiah
  5. LULUS Bahasa Inggeris, dan
  6. LULUS Temuduga.

Atau Kelulusan yang diiktiraf dan setaraf dengan SPM.

Calon-calon yang sedang mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran JAKIM di mana-mana institusi Tahfiz Al-Quran, adalah tidak layak memohon.

TEMUDUGA

Calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

BIASISWA

Biasiswa akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakan.

CARA MEMOHON

Permohonan secara atas talian (Online) boleh diisi melalui laman sesawang: www.darulquran.gov.my atau www.islam.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan 7 hari selepas keputusan SPM diumumkan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

  • Telefon  : 03-60635333 / 5349 / 5323 / 5374
  • Faks      : 03-60645497 / 03- 60642936

MAKLUMAN

1-       Sila semak senarai nama atas talian dan bawa borang permohonan yang telah dicetak semasa menghadiri temuduga.

2-       Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 03 Mei 2017 adalah dianggap tidak berjaya.

 

-----------------------------------------------------------------------------

KLIK DI SINI UNTUK MEMOHON

-----------------------------------------------------------------------------

BIL.

PROGRAM/AKTIVITI

TARIKH

1

Iklan Kemasukan Pelajar Baru

( Permohonan Online )

13 Februari 2017

2

Tarikh Tutup Permohonan

Tujuh hari selepas keputusan SPM 2016 diumumkan.

3

Semakan Layak Temuduga ( Online )

29 Mac 2017

4

Proses Temuduga**

03 – 11 April 2017

 

6

Semakan Keputusan Temuduga ( Online )

 

20 April 2017

 

7

Surat Tawaran Dikeluarkan ( Online )

8

Tarikh Akhir Pengesahan Penerimaan Tawaran ( Online )

25 April 2017

9

Rayuan ( Online )

20– 25 April 2017

10

Keputusan Rayuan ( Online )

27 April 2017

11

Pendaftaran Pelajar Baru Diploma

02 Mei 2017

( Selasa )