Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-Uiam Sesi 2017/2018 Dan Sijil Asas Tahfiz 2017

KUALA KUBU BHARU – Seramai 122 orang pelajar baru telah diraikan dalam Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-UIAM Sesi 2017/2018 dan Sijil Asas Tahfiz 2017 yang diadakan pada 5 Januari 2017 bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran. Berdasarkan jumlah tersebut, 114 orang pelajar merupakan pelajar program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-UIAM, 4 orang pelajar Sijil Asas Tahfiz kategori Orang Kelainan Upaya Penglihatan dan 4 orang pelajar Sijil Asas Tahfiz kategori pelajar Luar Negara.

Sesi pendaftaran diberhentikan seketika pada kira-kira pada jam 9:00 pagi untuk acara Amanat Huffaz yang disampaikan oleh Kapten Dr. Ahmad Faidhi Bin Mohd Zaini, Pegawai Perubatan Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia yang juga merupakan alumni Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-UIAM Sesi 2004/2005. Beliau telah memberikan tiga tip penting kepada pelajar-pelajar yang baru hendak mula menghafaz iaitu:

i. menggunakan mushaf yang besar supaya pelajar boleh memvisualkan ayat-ayat yang dihafaz dengan lebih jelas.

ii. memperdengarkan hafazan hanya kepada seorang guru sahaja.

iii. menggunakan terjemahan al-Quran untuk memahami ayat-ayat yang dihafaz.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Haji Paimuzi Bin Yahya selaku Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim yang mewakili Ketua Pengarah Jakim, YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha. Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah menasihatkan kepada pelajar-pelajar baru agar belajar dengan bersungguh-sungguh hingga menjadi modal insan yang berguna kepada masyarakat dan negara kerana kerajaan telah membelanjakan sejumlah besar peruntukan kepada mereka merangkumi elaun bulanan, penginapan serta pengajian. Beliau juga turut berpesan agar para pelajar baru tidak menjadikan program ini sebagai tempat transit sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan kerana tidak ramai yang berpeluang untuk ditempatkan dalam program ini.

Sebelumnya, turut menyampaikan ucapan ialah Pengarah Darul Quran, Dr. Haji Nordin Bin Ahmad dan Prof. Madya Dr. Shamsul Jamili Bin Yeob, Dekan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merangkap Ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik Darul Quran.

Majlis berakhir selepas bacaan ikrar dan persembahan nasyid serta acara turun temurun dalam majlis pendaftaran pelajar baru iaitu penyerahan pelajar baru oleh ibu bapa kepada Darul Quran Jakim. Sebagai suatu simbolik yang menunjukkan bahawa ibu bapa menyerahkan amanah untuk Darul Quran membimbing serta mendidik anak-anak mereka. Para pelajar baru juga turut dihadiahkan dengan mushaf al-Quran dalam acara tersebut.

0J0A3966

0J0A3991

0J0A4009

0J0A4020

0J0A4052

0J0A4109

0J0A4112

Semakan RAYUAN

semak1