Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Halal Walk In

Seramai 22 orang pelajar Semester Empat Syukbah Halal Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran Jakim telah mengadakan lawatan ke Kilang Gardenia Bakers Maison (M) Sdn. Bhd. yang beroperasi di Seksyen 26 Shah Alam. Lawatan ini telah diadakan pada 7 Februari 2017.

Objektif lawatan ini diadakan ialah:

1) Mengenal dengan lebih dekat sistem halal yang wujud di kilang khususnya kilang Gardenia.

2) Mengenal pasti kecekapan proses pembuatan dan tahap penjagaan kebersihan yang wujud di kilang.

3) Mengkaji peluang pekerjaan dalam bidang halal terutama dalam industri kilang.

4) Mengeratkan silaturahim sesama pelajar serta pensyarah

5) Memberi pendedahan kepada pelajar tentang peri pentingnya bidang halal dalam ekonomi di Malaysia.

Para pelajar ini telah disambut dan diberi taklimat oleh Puan Fairy Binti Hassan selaku juru pandu lawatan. Selesai sesi taklimat, pelajar-pelajar ini telah dibawa melawat ke bahagian produksi membuat roti gardenia. Program berakhir selepas sesi bergambar serta penyampaian cenderamata oleh pihak Darul Quran dan Gardenia.

22 orang pelajar yang menyertai lawatan ini telah diringi oleh Ustaz Mohamad Lutfi Bin Jamel selaku Pensyarah Jabatan Pengajian Syariah Darul Quran merangkap Penyelaras bagi subjek halal.

1

2

3

4

5

Semakan RAYUAN

semak1