Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Darul Quran Menerima Kunjungan Hormat Dari Universiti Malaysia Pahang (Ump)

Pada 10 Februari 2017, Darul Quran telah menerima kunjungan hormat dari Universiti Malaysia Pahang (UMP). Tujuan UMP mengadakan kunjungan hormat ini adalah untuk menjalinkan kerjasama dengan Darul Quran dalam menjalankan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran.

Delegasi UMP telah disambut oleh pegawai-pegawai Darul Quran yang diketuai oleh Pengarah, Dr. Haji Nordin Bin Ahmad. Sementara delegasi pelawat telah dihadiri oleh seramai empat orang wakil UMP yang terdiri daripada Pensyarah Kanan Pusat Bahasa & Sains Kemanusiaan, Dr. Rashidi Bin Abas, Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Islam & Pembangunan Insan, Ustaz Muhammad Sallehuddin Bin Md Derus, Ustaz Muhammad Hasnur Bin Abd Hamid dan Ustaz Muhammad Farid Bin Mohd Idris.

Taklimat berkenaan dengan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran telah diberikan oleh Pegawai Perhubungan Awam Darul Quran, Ustaz Mohd Aishamudin Bin Samsungei. Dalam taklimatnya, beliau telah menyatakan dua model pengajian yang sedang dijalankan bagi program pengajian ini iaitu Model UIAM; program Pensijilan Tahfiz dijalankan terlebih dahulu sebelum pelajar belajar dalam bidang profesional dan Model UNITEN/CUCMS/UTeM; program Pensijilan Tahfiz dijalankan serentak dengan pengajian dalam bidang profesional.

Dr. Haji Nordin juga turut menyenaraikan lima faktor kesediaan dalam pelaksanaan program iaitu:

1. Faktor pelajar – mempunyai minat yang mendalam terhadap program, mempunyai tahap penguasaan hafazan yang baik dan gaya hidup yang baik.

2. Faktor pensyarah – mempunyai komitmen yang tinggi dan menguasai pelbagai kaedah haafzan. Pensyarah tasmi’ juga mestilah seorang penghafaz al-Quran.

3. Faktor program pengajian/kurikulum – berkenaan dengan beban pembelajaran.

4. Faktor persekitaran – percampuran pelajar tahfiz dengan yang tidak menghafaz, prasarana atau alat bantu mengajar yang mencukupi serta pelajar tidak seharusnya dibebankan dengan beban kewangan.

5. Faktor sokongan – komitmen berterusan di peringkat atasan, penghargaan/penglibatan pelajar, pengawalan/pemantauan dan sokongan rakan-rakan/institusi/ibu bapa.

Pertemuan ini berakhir kira-kira pada pukul 10:30 pagi selepas pertukaran cenderamata dari kedua pihak dan sesi bergambar. Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Pengarah Akademik, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kualiti Pendidikan Tahfiz dan pegawai-pegawai dari Cawangan Kualiti Pendidikan Tahfiz serta seorang pegawai dari Unit Kurikulum.

0J0A4775

0J0A4778

0J0A4780

0J0A4781

0J0A4783

0J0A4785

0J0A4795

0J0A4799

Semakan RAYUAN

semak1