Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran Tahun 2017/1438

Seramai 208 orang pelajar semester 6 program Diploma Tahfiz Al-Quran telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran Tahun 2017/1438 yang telah diadakan di Dewan Muktamar pada 11 Februari 2017. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim, Haji Paimuzi Bin Yahya yang mewakili Ketua Pengarah Jakim.

Majlis khatam ini telah dimulakan dengan alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari Surah al-Dhuha hingga Surah al-Nas oleh pelajar 97 orang pelajar banin dengan dipimpin oleh para pensyarah tasmi’ Darul Quran iaitu Ustaz Mohd Hanafi Bin Yusop, Ustaz Ahmad Dasuki Bin Hashim dan Ustaz Ahmad Fuat Bin Jamil.

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pengarah Darul Quran, Dr. Haji Nordin Bin Ahmad dan ucapan perasmian daripada Haji Paimuzi Bin Yahya. Beliau yang dalam ucapan perasmiannya telah mengucapkan syabas dan tahniah kepada Darul Quran kerana berjaya mengekalkan tradisi dengan penganjuran majlis khatam ini. Majlis yang bersejarah ini diadakan sebagai pengiktirafan Darul Quran kepada para pelajar yang telah bertungkus lumus mangkhatamkan hafazan 30 juzu’. Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah serta menyatakan harapan kepada pelajar-pelajar yang diraikan dalam majlis ini agar menghargai kesungguhan mereka dalam menamatkan hafazan dengan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan hafazan 30 juzu’ mereka.

Selain itu, beliau juga berkata, Jakim sentiasa berfikir dan merancang untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar Darul Quran. Jakim juga sedar kepayahan pelajar-pelajar dalam menghafaz al-Quran. Justeru, pada tahun ini, Jakim akan memperuntukkan seramai 130 orang untuk memperolehi SkimPembiayaan Hafiz (SPH).

Haji Paimuzi yang diiringi oleh Dr. Haji Nordin telah menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang kepada saudara Amir Hambali Bin Amir Hamzah dan saudari Sumayyah Binti Mohamed Reza. Sebelumnya, beliau juga turut menyampaikan Anugerah Pensyarah Tasmi’ Cemerlang kepada Ustaz Mohd Hanafi Bin Yusop dan Ustaz Ahmad Fuat Bin Jamil serta sijil-sijil khatam kepada 208 orang pelajar.

Lebih istimewa majlis pada tahun ini ialah apabila diumumkan penganugerahan khas kepada tiga orang pelajar Darul Quran iaitu saudara Ahmad Danial Bin Mohd Sani dan saudari Nur Amirah Binti Azali yang dikategorikan sebagai OKU Penglihatan serta saudara Ahmad Zahiruddin Bin Zailani yang telah disahkan autisme.

0J0A4975

0J0A4976

0J0A4979

0J0A4985

0J0A5016

0J0A5042

0J0A5279

0J0A5290