Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Upsi Dan Darul Quran Jakim

Pada 14 Februari 2017, Darul Quran telah mencatatkan satu lagi sejarah apabila berjaya memeterai perjanjian persefahaman bersama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Upsi Dan Darul Quran Jakim telah diadakan di Dewan Seri Tanjung, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI dan telah dirasmikan oleh YB Senator Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki.

Skop kerjasama yang dijalinkan antara kedua-dua institusi adalah melibatkan bidang-bidang berikut:

1. Penawaran program pengajian di peringkat Ijazah Pertama bagi menyambung pengajian ke UPSI;

2. Pengecualian dan pemindahan jam kredit bagi pelajar Darul Quran Jakim bagi mengikuti pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda di UPSI;

3. Pelaksanaan kursus dan latihan bidang pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran kepada pensyarah Darul Quran Jakim;

4. Pembangunan penyelidikan dan penerbitan melalui perkongsian kepakaran, maklumat dan dana penyelidikan;

5. Program pertukaran atau pinjaman pensyarah UPSI dan Darul Quran Jakim; dan

6. Program yang melibatkan aktiviti antara pelajar UPSI dan Darul Quran Jakim.

Memorandum persefahaman ini telah ditandatangani oleh Naib Canselor UPSI Prof. Dato’ Dr. Zakaria Bin Kasa dan Timbalan Pengarah Pembangunan Insan Jakim Haji Paimuzi Bin Yahya bagi pihak Jakim serta Darul Quran. Sementara ianya disaksikan oleh Pendaftar UPSI Encik Mohd Faizi Bin Othman serta Pengarah Darul Quran Jakim Dr. Haji Nordin Bin Ahmad.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi UPSI, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UPSI, Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI, pegawai-pegawai kanan Darul Quran Jakim dan UPSI serta rakan-rakan media.

e-0J0A5327

e-0J0A5334

e-0J0A5340

e-0J0A5356

e-0J0A5381

e-0J0A5388

e-0J0A5397

e-0J0A5428

 

 

Semakan RAYUAN

semak1