Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Kunjungan Hormat Rektor Kitab Ke Darul Quran Jakim

Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) Prof. Madya Dr. Ismail Bin Mat telah mengadakan kunjungan hormat ke Darul Quran pada 16 Februari 2017. Tujuan Prof. Madya Dr. Ismail mengadakan kunjung hormat ke Darul Quran bagi membincangkan laluan melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah bagi pelajar-pelajar yang tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kaedah APEL kerana kaedah ini diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

APEL dari singkatan Accreditation Of Prior Experiential Learning atau Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman dalam sesuatu bidang tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Secara umumnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

Justeru, kunjung hormat Prof. Madya Dr. Ismail adalah untuk membincangkan berkenaan cadangan pelaksanaan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran & Qiraat (APEL). Matlamatnya agar pelajar maahad-maahad tahfiz swasta yang tidak memiliki kelayakan SPM boleh memohon program ini seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat Diploma.

Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Darul Quran Dr. Haji Nordin Bin Ahmad. Turut hadir dalam perbincangan ini ialah Timbalan Pengarah Akademik, Pendaftar dan pegawai-pegawai dari Cawangan Akademik serta Cawangan Kualiti Pendidikan Tahfiz Darul Quran.

0J0A5429

0J0A5431

0J0A5433

0J0A5434