Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Wacana Ilmiah “Perbezaan Fikrah Islamiah Vs Ukhuwah Islamiah” Dan Perasmian Sahabat Yadim Darul Quran Berjalan Langsung Dengan Jayanya

Pada hari Selasa, 7 Februari 2017, Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Darul Quran telah mencipta sejarah baru di Darul Quran apabila Kelab Persatuan Sahabat YADIM Darul Quran berjaya dirasmikan oleh Dr. Yusri Bin Mohamad selaku Yang Dipertua YADIM. Perasmian ini juga turut disaksikan oleh Pengarah Darul Quran Dr. Haji Nordin Bin Ahmad, Pendaftar Darul Quran Ustaz Haji Mohd Norizan Bin Abd Ghani, KPP Hal Ehwal Pelajar Ustaz Haji Kamarul Saman Bin Yaacub dan Encik Zamani Bin Mohd Karulani selaku Pengurus Eksekutif KEMUDA. Seterusnya para pensyarah Darul Quran, Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM dan 500 orang pelajar Darul Quran.

Majlis ini telah dimulai dengan bacaan taranum ayat suci al-Quran oleh saudara Ahmad Luqman Bin Zaini dengan membacakan Surah al-Nisa’ ayat 58-59. Kemudian disusuli dengan perkongsian Dr. Yusri mengenai tajuk “Perbezaan Fikrah Islamiah vs Ukhuwah Islamiah.” Hakikat disebalik program ini adalah untuk mentakzim sunnah berjemaah dam menghayati agama ini secara kolektif. Nabi SAW mensyariatkan agar umat Islam bergerak secara berjemaah. Maka apa sahaja perkara yang menimbulkan perpecahan dan persengketaan harus dihindari. Umat Islam mesti mencari titik persamaan agar dapat kembali bersatu.

Pengarah Darul Quran turut memberikan ucapan alu-aluan sempena Majlis Perasmian Sahabat YADIM Darul Quran. Dalam ucapannya, beliau telah menyatakan rasa bangga dengan kejayaan Sekretariat Sahabat YADIM kerana telah berjaya menganjurkan Majlis Wacana Ilmiah Dan Perasmian Sahabat YADIM Darul Quran ini dengan jayanya.

Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan penyampaian sijil watikah kepada saudara Muhammad Al Fateh Bin Mohd Subari selaku Pengerusi Sahabat YADIM Darul Quran mewakili Majlis Pimpinan Sahabat YADIM Darul Quran selepas penyampaian cenderamata dari pihak Darul Quran dan YADIM. Majlis berakhir pada pukul 1:45 tengahari dengan bacaan doa.

2

3

4