Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Kunjungan Hormat Ke Pejabat Atase Kebudayaan Arab Saudi

Darul Quran telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Atase Kebudayaan Arab Saudi pada 21 Februari 2017. Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk menghulurkan salam perkenalan dengan Atase Kebudayaan Arab Saudi di Malaysia Prof. Dr. Zayed Bin Ojair Al-Harethi serta pegawai-pegawai di sana di samping dapat memperkenalkan Darul Quran sebagai sebuah institusi tahfiz di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Delegasi Darul Quran seramai lima orang telah diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kualiti Pendidikan Tahfiz Ustaz Haji Mohamad Rahim Bin Mohammed Abdul Rahman, mewakili Pengarah Darul Quran yang tidak dapat bersama-sama dalam kunjungan hormat ini. Delegasi Darul Quran telah dilayan mesra oleh Penasihat Akademik Dr. Yassin Madani Abdul Alkadir serta telah diberi taklimat oleh beliau berkenaan operasi dan peranan pegawai-pegawai di pejabat tersebut.

Pegawai-pegawai Darul Quran yang turut hadir dalam kunjungan hormat ini ialah Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar Ustaz Haji Kamarul Saman Bin Yaacub, Pegawai Perhubungan Antarabangsa Ustaz Abada Tawfik al-Bahnasy, Pegawai Perhubungan Awam Ustaz Mohd Aishamudin Bin Samsungei dan Penolong Pegawai Unit Muadalah & Akredetasi Ustaz Mohd Husni Bin Shafii.

Hasil perbualan singkat bersama Prof. Dr. Zayed, kedua-dua pihak bersetuju untuk diadakan pertemuan susulan memandangkan pada waktu ini, Prof. Dr. Zayed dalam kesibukan tugas. Kunjungan hormat ini berakhir selepas sesi bergambar dan penyampaian cenderamata antara kedua pihak.

1

2

3

4

5

Semakan RAYUAN

semak1